Loading...

Jaguh Badminton Perseorangan Lelaki Negara Lee Zee Jia Kini Rangking Kelima Dunia (BWF)

Loading...
Jaguh Badminton Perseorangan Lelaki Negara Lee Zee Jia Kini Rangking Kelima Dunia (BWF) - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jaguh Badminton Perseorangan Lelaki Negara Lee Zee Jia Kini Rangking Kelima Dunia (BWF), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jaguh Badminton Perseorangan Lelaki Negara Lee Zee Jia Kini Rangking Kelima Dunia (BWF)
link : Jaguh Badminton Perseorangan Lelaki Negara Lee Zee Jia Kini Rangking Kelima Dunia (BWF)

Baca juga


Jaguh Badminton Perseorangan Lelaki Negara Lee Zee Jia Kini Rangking Kelima Dunia (BWF)

 

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melonjak satu anak tangga ke kedudukan kelima ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas meraih 90,378 mata daripada 41 kejohanan disertainya.

Berdasarkan kedudukan ranking terbaharu dikeluarkan BWF, Zii Jia mengatasi pemain Indonesia Anthony Sinisuka Ginting yang kini menghuni kedudukan keenam ranking BWF, dengan mengumpul 87,879 mata.

Pencapaian diraih Zii Jia tersebut dalam masa sama meletakkan beliau sebaris bekas jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, yang pernah menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik dunia.

Sementara itu, juara Olimpik dari Denmark Viktor Axelsen kekal selaku pemain nombor satu dunia diikuti jaguh dunia dari Jepun Kento Mamota di kedudukan kedua.

Musim 2022 boleh dianggap permulaan terbaik bagi Zii Jia, yang bergerak secara profesional selepas merangkul gelaran pertamanya tahun ini dengan mengungguli Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina, awal bulan lalu.

Tidak terhenti di situ, bekas juara All England itu mengekalkan aksi konsisten di saingan Piala Thomas 2022 di Bangkok dengan berjaya memenangi kesemua perlawanan sehingga peringkat suku akhir.

Sementara pada minggu lalu, Zii Jia bangkit mempamerkan watak sang juara untuk merangkul kejuaraan keduanya berturut-turut tahun ini, menewaskan pemain China, Li Shi Feng 17-21 21-11 23-21 dalam aksi final di Terbuka Thailand. #sumber



Demikianlah Artikel Jaguh Badminton Perseorangan Lelaki Negara Lee Zee Jia Kini Rangking Kelima Dunia (BWF)

Sekianlah artikel Jaguh Badminton Perseorangan Lelaki Negara Lee Zee Jia Kini Rangking Kelima Dunia (BWF) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jaguh Badminton Perseorangan Lelaki Negara Lee Zee Jia Kini Rangking Kelima Dunia (BWF) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/05/jaguh-badminton-perseorangan-lelaki.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jaguh Badminton Perseorangan Lelaki Negara Lee Zee Jia Kini Rangking Kelima Dunia (BWF)"

Catat Ulasan

Loading...