Loading...

Kerusi Parlimen Kuantan 'Panas', MCA 'Sailang' Peluang UMNO Wakili BN Bertanding PRU-15 !

Loading...
Kerusi Parlimen Kuantan 'Panas', MCA 'Sailang' Peluang UMNO Wakili BN Bertanding PRU-15 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerusi Parlimen Kuantan 'Panas', MCA 'Sailang' Peluang UMNO Wakili BN Bertanding PRU-15 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerusi Parlimen Kuantan 'Panas', MCA 'Sailang' Peluang UMNO Wakili BN Bertanding PRU-15 !
link : Kerusi Parlimen Kuantan 'Panas', MCA 'Sailang' Peluang UMNO Wakili BN Bertanding PRU-15 !

Baca juga


Kerusi Parlimen Kuantan 'Panas', MCA 'Sailang' Peluang UMNO Wakili BN Bertanding PRU-15 !

Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15,  Parlimen Kuantan kini tiba-tiba 'panas' kembali apabila terdengar 'desas desus' MCA mahu kekal bertanding di kerusi itu. 

Sejak kelmarin, tersebar 'khabar angin' bahawa MCA kemungkinan bertanding sekali lagi di kerusi itu susulan ura-ura kegagalan mengekalkan kerusi Parlimen Raub pada kali ini. 

Malah difahamkan, calon MCA yang diwar-warkan akan bertanding di Parlimen Kuantan kali ini ialah Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Senator Dato' Sri Ti Lian Ker. Sejak sebulan yang lalu, beliau juga dilaporkan kelihatan dalam beberapa program di Parlimen Kuantan. Sebelum ini kelibat beliau banyak di Parlimen Raub. 

Senator Dato' Sri Ti Lian Ker

Ti yang juga merupakan bekas ADUN Indera Mahkota, kini adalah Ahli Jawatankuasa Pusat MCA. Makanya, potensi untuk beliau dipilih agak cerah sebenarnya. 

Pada PRU-14 lalu, calon MCA yang  bertanding di kerusi Parlimen Kuantan ialah Datuk Wong Kean Hwee. Beliau hanya me dapat 13,677 undi berbanding calon PAS,  Cikgu Sulaiman Md Derus 14,696. Kerusi itu dimenangi oleh calon PKR iaitu Fuziah Salleh yang meraih 22,807 undi dengan majoroti sebanyak 8,111 undi.

Untuk rekod, Fuziah mengekal kerusi tersebut untuk penggal ketiga. Sebelum ini pada PRU-13 BN diwakili oleh calon dari UMNO iaitu Datuk Muhamed Suffian Awang. Beliau mendapat 21,319 undi berbanding Fuziah Salleh 25,834, majoriti 4,515 undi.

Pada PRU-12, Fuziah mengalahkan calon BN dari MCA iaitu Datuk Fu Ah Kiow dengan majoriti 1,826 sahaja. Fuziah mendapat 18, 398 undi, sementara calon MCA itu hanya mendapat 18,796 undi.

Berdasarkan kepada senario semasa, UMNO dilaporkan sudah bersiap siaga untuk meletakkan calon mereka di kerusi itu pada PRU-15 ini. Malah, UMNO sejak dari awal sudah mula turun padang mendekati rakyat dengan berbagai program dan aktiviti yang dijalankan mereka.

Calon popular yang dilaporkan akan diangkat ialah Ketua UMNO Bahagian Kuantan sendiri iaitu Dato' Sri Ab Hamid Nazahar. Malah, pada Januari lalu UMNO dengan jelas telah menyuarakan hasrat untuk bertanding di Parlimen Kuantan pada PRU-15 ini nanti.

Namun dengan perkembangan terbaharu ini, ia sudah pasti merencatkan persiapan yang telah dilakukan oleh parti itu. Banyak suara akar umbi yang mendesak supaya pucuk pimpinan parti bersuara dan segera membuat keputusan terhadap isu ini.

Sebarang kesilapan percaturan akan memberi kelebihan kepada parti lawan terytamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam mempertahankan kerusi tersebut.

Malah, lebih panas lagi pada PRU-15 ini sudah pasti Perikatan Nasional (PN) juga akan meletakkan calon mereka. Justeru, pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) harus bersedia menghadapi segala kemungkinan. Jika UMNO bertanding, mungkin peluang lebih cerah kerana sejak awal lagi mereka sudah bekerja.

Tindakan 'Sailang' pasti akan merugikan BN sebenarnya. Pepatah Melayu mengatakan, takut nanti 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. 

Namun, jika MCA yang bertanding maka ramai gusar akan  berlaku 'undi protes' yang menyebabkan BN terlepas lagi untuk merampas kerusi tersebut daripada Pakatan Harapan (PH) untuk penggal keempat. Segalanya terletak ditangan pucuk pimpinan tertinggi BN untuk menentukannya. #PahangDaily



Demikianlah Artikel Kerusi Parlimen Kuantan 'Panas', MCA 'Sailang' Peluang UMNO Wakili BN Bertanding PRU-15 !

Sekianlah artikel Kerusi Parlimen Kuantan 'Panas', MCA 'Sailang' Peluang UMNO Wakili BN Bertanding PRU-15 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerusi Parlimen Kuantan 'Panas', MCA 'Sailang' Peluang UMNO Wakili BN Bertanding PRU-15 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/05/kerusi-parlimen-kuantan-panas-mca.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerusi Parlimen Kuantan 'Panas', MCA 'Sailang' Peluang UMNO Wakili BN Bertanding PRU-15 !"

Catat Ulasan

Loading...