Judul : Pemilihan PKR Cabang Paya Besar Tertangguh Satu Jam Gara-Gara Gangguan Sistem Undian !
link : Pemilihan PKR Cabang Paya Besar Tertangguh Satu Jam Gara-Gara Gangguan Sistem Undian !
Pemilihan PKR Cabang Paya Besar Tertangguh Satu Jam Gara-Gara Gangguan Sistem Undian !
KUANTAN - Proses pengundian secara fizikal PKR Pahang 2022 bagi Cabang Paya Besar tertangguh selama sejam berikutan gangguan terhadap sistem undian digital.
Ketua Komunikasi PKR Pahang, Wan Fauzuldin Wan Samad, berkata proses pengundian hanya bermula jam 10 pagi berbanding 9 pagi sebagaimana ditetapkan.
"Justeru, kita minta kalau boleh lanjutkan waktu mengundi sehingga 6 petang.
"Disebabkan masalah itu, ada beberapa pengundi membuat keputusan untuk balik kerana mempunyai pelbagai urusan lain," katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Taman Tas, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, Wan Fauzuldin yang juga penyandang Ketua PKR Cabang Paya Besar berkata, lebih 3,000 pengundi di cabang itu akan menjalani pengundian bagi pemilihan pucuk pimpinan sama ada di peringkat negeri mahupun nasional.
"Kita jangka lebih 3,000 pengundi akan hadir untuk menjalankan tanggungjawab mereka secara fizikal, manakala lebih 100 lagi akan melakukan undian secara dalam talian pada 18 hingga 20 Mei ini," katanya.
Dalam pada itu, seorang suri rumah, Zaimah Musa, 43, gembira kerana sudah selesai membuat pengundian tanpa sebarang masalah.
"Walaupun proses pengundian mengalami sedikit masalah teknikal dan hanya bermula selepas jam 10 pagi, saya bersyukur kerana menjadi antara pengundi terawal yang mengundi.
"Alhamdulillah, saya sudah selesai menunaikan tanggungjawab," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Pemilihan PKR Cabang Paya Besar Tertangguh Satu Jam Gara-Gara Gangguan Sistem Undian !
Anda sekarang membaca artikel Pemilihan PKR Cabang Paya Besar Tertangguh Satu Jam Gara-Gara Gangguan Sistem Undian ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/05/pemilihan-pkr-cabang-paya-besar.html
0 Response to "Pemilihan PKR Cabang Paya Besar Tertangguh Satu Jam Gara-Gara Gangguan Sistem Undian !"
Catat Ulasan