Loading...

Rafizi Menang Di Johor Dan Pahang, Saifuddin Nasuition Kuasai Sabah

Loading...
Rafizi Menang Di Johor Dan Pahang, Saifuddin Nasuition Kuasai Sabah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi Menang Di Johor Dan Pahang, Saifuddin Nasuition Kuasai Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi Menang Di Johor Dan Pahang, Saifuddin Nasuition Kuasai Sabah
link : Rafizi Menang Di Johor Dan Pahang, Saifuddin Nasuition Kuasai Sabah

Baca juga


Rafizi Menang Di Johor Dan Pahang, Saifuddin Nasuition Kuasai Sabah

 

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli meneruskan rentak kemenangan selepas berjaya menguasai Johor dan Pahang dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Berdasarkan keputusan yang dikongsikan di laman rasmi keputusan pemilihan PKR, www.pemilihankeadilan2022.com, Rafizi mengungguli pengundian di Johor apabila meraih 3,967 undi meninggalkan pencabarnya yang juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang sekadar memperoleh 1,117 undi.

Rafizi memenangi 23 daripada 26 cabang iaitu Segamat, Sekijang, Pagoh, Ledang, Bakri, Muar, Parit Sulong, Ayer Hitam, Sri Gading, Batu Pahat, Simpang Renggam, Kluang dan Sembrong.

Beliau turut memenangi cabang Tenggara, Pengerang, Tebrau, Pasir Gudang, Johor Bahru, Pulai, Iskandar Puteri, Kulai, Pontian dan Tanjung Piai.

Saifuddin Nasution pula sekadar menang di tiga cabang iaitu Labis, Kota Tinggi dan Mersing.

Di Pahang, Rafizi mendapat undi terkumpul sebanyak 1,863 meninggalkan Saifuddin Nasution yang hanya memperoleh 425 undi.

Rafizi menang di 13 daripada 14 cabang dan hanya satu sahaja dimenangi Saifuddin Nasution iaitu di cabang Kuala Krau.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Rafizi di Sabah apabila beliau sekadar mendapat 6,814 undi biarpun memenangi 19 daripada 25 cabang berbanding Saifuddin Nasution yang memperoleh 8,585 undi.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sebelum ini memaklumkan, seramai 147,334 ahli PKR mengundi dalam pemilihan kali ini atau sekitar 13.17 peratus keluar mengundi dari 1,118,423 ahli yang layak mengundi kali ini.

Ini bermakna, mana-mana calon yang melepasi dulu jumlah 73,667 undi atau melepasi 50 peratus khususnya bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, boleh dianggap menang dalam pemilihan kali ini. #sumber



Demikianlah Artikel Rafizi Menang Di Johor Dan Pahang, Saifuddin Nasuition Kuasai Sabah

Sekianlah artikel Rafizi Menang Di Johor Dan Pahang, Saifuddin Nasuition Kuasai Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi Menang Di Johor Dan Pahang, Saifuddin Nasuition Kuasai Sabah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/05/rafizi-menang-di-johor-dan-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rafizi Menang Di Johor Dan Pahang, Saifuddin Nasuition Kuasai Sabah"

Catat Ulasan

Loading...