Loading...

Agong: Bawa Kejayaan Kepada Negara Tanpa Ambilkira "Fahaman Politik" Masing-Masing

Loading...
Agong: Bawa Kejayaan Kepada Negara Tanpa Ambilkira "Fahaman Politik" Masing-Masing - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agong: Bawa Kejayaan Kepada Negara Tanpa Ambilkira "Fahaman Politik" Masing-Masing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agong: Bawa Kejayaan Kepada Negara Tanpa Ambilkira "Fahaman Politik" Masing-Masing
link : Agong: Bawa Kejayaan Kepada Negara Tanpa Ambilkira "Fahaman Politik" Masing-Masing

Baca juga


Agong: Bawa Kejayaan Kepada Negara Tanpa Ambilkira "Fahaman Politik" Masing-Masing

PETALING JAYA - Kerajaan dan semua pihak tanpa mengira fahamanp politik diseru berusaha merencanakan pelan jangka panjang bagi membawa negara ke persada kejayaan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika menzahirkan pandangan itu bertitah, rakyat pada masa sama turut berperanan dalam mendokong usaha-usaha murni kerajaan di samping terus berusaha untuk mendepani sebarang cabaran.

Titah baginda, perpaduan dan kebersamaan dalam sebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang, merupakan resipi dan kekuatan dalam membentuk aspirasi nasional.

“Pemulihan dan kebangkitan negara yang diimpikan tidak mungkin dapat menjadi realiti jika negara ini berpecah-belah dan gagal untuk mewujudkan landskap kehidupan yang stabil.

“Hakikatnya, ia bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah untuk mengemudi ne­gara keluar dari kesan pandemik Covid-19. Natijahnya, pemulihan negara memerlukan simbiosis yang erat antara kerajaan dan rakyat beta.

“Perpaduan dan keber­samaan dalam sebuah ma­syarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang, adalah sebenarnya merupakan resipi dan kekuatan dalam membentuk aspirasi nasional. Ia adalah merupakan tiang kemakmuran negara dan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan,” titah Seri Paduka sempena Sambutan ­U­l­a­ng Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda di sini, semalam.

Al-Sultan Adbullah turut menzahirkan rasa bersyukur dengan landskap pandemik Covid-19 yang semakin pulih, sektor ekonomi dan kehidupan seharian rakyat yang menampakkan pemulihan.

“Beta juga berasa amat sukacita melihat rakyat beta daripada berbilang bangsa dan agama menyambut kedata­ngan 1 Syawal dengan suasana penuh kemeriahan dan kegembiraan. Sewajarnya kita semua melafazkan rasa syukur kerana telah berupaya kembali menikmati kehidupan seharian yang sebelum ini terjejas akibat pandemik,” titah baginda.

Justeru, bersempena sam­butan rasmi ulang tahun keputeraan tahun ini, Seri Paduka mengajak seluruh rakyat di negara ini untuk bersama-sama berganding bahu dalam sebuah kesepaduan yang erat ke arah membentuk Malaysia yang ge­milang.

“Pada kesempatan ini, beta ingin mengajak pemimpin negara dan anggota perkhid­matan awam untuk terus berkhidmat setulus hati dalam menentukan sosio ekonomi rakyat beta terus dilindungi dan dibantu demi kelangsu­ngan hidup mereka.

“Beta turut ingin berpesan kepada rakyat yang beta kasihi untuk berterusan menyokong usaha-usaha dan dasar kerajaan agar program yang digubal dapat dinikmati oleh semua. Sebagai rakyat Malaysia, kita semua perlu berganding bahu dan menggalas tanggung-jawab masing-ma­sing; ibarat kata pepatah ‘ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni’.

“Beta dan Raja Permaisuri Agong akan terus mendoakan agar semua usaha-usaha ini diberi keberkatan oleh Allah SWT dan dipermudahkan dalam mencapai hasrat yang diidamkan,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan, anggota pentadbiran, penjawat awam dan anggota pasukan kese­lamatan yang me­nyumbang kepa­da kesejahteraan negara.

“Beta dan Raja Permaisuri Agong turut me­rakamkan ucapan tahniah di atas pencapaian atlet-atlet negara dalam temasya Sukan Sea ke-31 di Hanoi baru-baru ini.

“Marilah sama-sama kita berdoa semoga rakyat Malaysia dan negara yang kita cintai ini akan terus kekal aman dan makmur serta sentiasa berada di bawah perlin­dungan Allah SWT dan dijauhi daripada musibah dan bala bencana,” titah baginda. #sumber




Demikianlah Artikel Agong: Bawa Kejayaan Kepada Negara Tanpa Ambilkira "Fahaman Politik" Masing-Masing

Sekianlah artikel Agong: Bawa Kejayaan Kepada Negara Tanpa Ambilkira "Fahaman Politik" Masing-Masing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agong: Bawa Kejayaan Kepada Negara Tanpa Ambilkira "Fahaman Politik" Masing-Masing dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/06/agong-bawa-kejayaan-kepada-negara-tanpa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Agong: Bawa Kejayaan Kepada Negara Tanpa Ambilkira "Fahaman Politik" Masing-Masing"

Catat Ulasan

Loading...