Loading...

Bilangan Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Di Pahang Dan Perak Kini Meningkat !

Loading...
Bilangan Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Di Pahang Dan Perak Kini Meningkat ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bilangan Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Di Pahang Dan Perak Kini Meningkat !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bilangan Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Di Pahang Dan Perak Kini Meningkat !
link : Bilangan Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Di Pahang Dan Perak Kini Meningkat !

Baca juga


Bilangan Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Di Pahang Dan Perak Kini Meningkat !

 

KUANTAN - Sebanyak 3,760 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Pahang bermula Januari sehingga semalam, meningkat 16 kali ganda berbanding 233 kes pada tempoh sama.

Pengarah Kesihatan Pahang, Dr Nor Azimi Yunus berkata, daripada 3,760 kes itu, sebanyak 175 kes atau 4.7% adalah penularan di pra sekolah manakala selebihnya 3,585 kes (95.3%) berlaku secara sporadik.

“Hanya 98 kes iaitu 2.6% dimasukkan ke hospital bagi pemantauan lanjut namun tidak membabitkan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan dan pendidikan kesihatan berkaitan HFMD di taska dan tadika sekitar daerah Kuantan di sini, hari ini.

Dr Nor Azimi berkata, sehingga semalam pihaknya telah melawat 505 premis taska dan tadika di seluruh Pahang dengan 35 daripadanya ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan terdapat dua pusat jagaan harian membuat penutupan secara sukarela.

Katanya, semasa pemeriksaan, petugas kesihatan turut mengajar pengusaha pusat jagaan supaya membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak yang hadir tidak mempunyai gejala HFMD seperti demam, ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah serta kurang selera makan.

Di Perak, 194 kes HFMD dilaporkan sepanjang minggu epidemiologi 22 setakat Isnin lalu, meningkat 32 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu yang hanya merekodkan enam kes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau, Mohd Akmal Kamarudin berkata, empat taman asuhan kanak-kanak turut ditutup selepas kes jangkitan berulang berikutan terdapat ibu bapa menghantar anak walaupun bergejala.

“Selain itu terdapat pengendali pusat asuhan yang tidak menjalankan saringan atau tiada bilik khas isolasi sekiranya anak jagaan bergejala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. #sumber



Demikianlah Artikel Bilangan Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Di Pahang Dan Perak Kini Meningkat !

Sekianlah artikel Bilangan Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Di Pahang Dan Perak Kini Meningkat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bilangan Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Di Pahang Dan Perak Kini Meningkat ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/06/bilangan-kes-penyakit-tangan-kaki-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bilangan Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Di Pahang Dan Perak Kini Meningkat !"

Catat Ulasan

Loading...