Loading...

Gagal Pemilihan PKR 2022, Afdlin Shauki Lapor Polis JPP Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik

Loading...
Gagal Pemilihan PKR 2022, Afdlin Shauki Lapor Polis JPP Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gagal Pemilihan PKR 2022, Afdlin Shauki Lapor Polis JPP Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gagal Pemilihan PKR 2022, Afdlin Shauki Lapor Polis JPP Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik
link : Gagal Pemilihan PKR 2022, Afdlin Shauki Lapor Polis JPP Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik

Baca juga


Gagal Pemilihan PKR 2022, Afdlin Shauki Lapor Polis JPP Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik

KUALA LUMPUR  - Pelakon, pelawak dan pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki yang tewas pemilihan jawatan Ketua PKR Cabang Setiawangsa, membuat laporan polis antara lain mendakwa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) gagal mengurus perjalanan pengundian dengan baik.

Dalam laporan dibuat di Balai Polis Pudu malam tadi, beliau yang tewas kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, turut mendakwa banyak penipuan berlaku dalam pemilihan pada hujung bulan lalu itu.

Katanya, laporan polis dibuat terhadap JPP yang didakwanya gagal bertindak terhadap aduan mengenai kelemahan perjalanan pengundian yang diajukan sepanjang pemilihan berlangsung.

"Kami buat laporan polis terhadap JPP, banyak benda mereka lakukan menimbulkan syak wasangka dan benda-benda mereka lakukan terang-terang salah,"dakwa pelakon utama filem Papadom dan Sumolah itu seperti dilaporkan portal berita FMT.

Beliau yang mendakwa, sudah membuat laporan kepada JPP namun setakat ini tiada maklum balas diterima daripada jawatankuasa berkenaan.

"Tidak ada maklum balas, yang ada senyap dan sunyi. Oleh itu kami buat laporan polis untuk lakukan siasatan," katanya.

Afdlin Shauki antara lain menakwa, terdapat kertas undi yang hilang apabila jumlah undi yang diumum JPP dengan jumlah undi di tempat mengundi bahagian Setiawangsa berbeza dengan ketara.

"Jumlah undi diumum di tempat mengundi adalah 750, namun demikian setelah pengundian fizikal tamat, jumlah undi rasmi yang dikemas kini dalam sistem JPP adalah 528, perbezaan sangat ketara dengan 222 undi hilang begitu sahaja," dakwanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan proses pengiraan kertas undi yang dibuat tanpa wakil calon dan tidak didedahkan, selain pelantikan bekas setiausaha PKR Cabang Setiawangsa sebagai penyelaras tempat mengundi dan suami seorang calon wanita bertugas di dewan mengundi semasa hari pemilihan.

"Lantikan ini dilihat berat sebelah kerana kedua-dua mereka mempunyai hubungan secara langsung dengan calon bertanding, tiada jaminan ketelusan serta integriti memandangkan mereka juga ahli parti dan bukan pihak berkecuali serta berkepentingan," katanya.

Dalam keputusan pemilihan yang dikeluarkan pada hujung bulan lalu, Afdlin Shauki memperoleh 372 undi, manakala Nik Nazmi yang juga penyandang jawatan mendapat 482 undi. #sumber



Demikianlah Artikel Gagal Pemilihan PKR 2022, Afdlin Shauki Lapor Polis JPP Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik

Sekianlah artikel Gagal Pemilihan PKR 2022, Afdlin Shauki Lapor Polis JPP Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gagal Pemilihan PKR 2022, Afdlin Shauki Lapor Polis JPP Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/06/gagal-pemilihan-pkr-2022-afdlin-shauki.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Gagal Pemilihan PKR 2022, Afdlin Shauki Lapor Polis JPP Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik"

Catat Ulasan

Loading...