Loading...

Polis Ambil Keterangan Enam Penganjur Demo Himpunan Reunion Veteran Tentera Semalam !

Loading...
Polis Ambil Keterangan Enam Penganjur Demo Himpunan Reunion Veteran Tentera Semalam ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Ambil Keterangan Enam Penganjur Demo Himpunan Reunion Veteran Tentera Semalam !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Ambil Keterangan Enam Penganjur Demo Himpunan Reunion Veteran Tentera Semalam !
link : Polis Ambil Keterangan Enam Penganjur Demo Himpunan Reunion Veteran Tentera Semalam !

Baca juga


Polis Ambil Keterangan Enam Penganjur Demo Himpunan Reunion Veteran Tentera Semalam !

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suara Veteran, Komander (B) Abdul Rahman Husain berkata pihaknya sudah hadir memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi semalam, berhubung penganjuran himpunan Reunion Veteran di Tugu Negara, Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Menurut Abdul Rahman (gambar utama), selain dirinya, lima ahli jawatankuasa program turut memberi keterangan secara berasingan malam tadi.

“Tiada masalah pun sebenarnya. Saya tanya sini, perlu ke permit untuk berkumpul di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012?” soalnya ketika dihubungi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi himpunan Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar berkata polis melayan mereka dengan baik sepanjang memberi keterangan dan pihaknya juga memberi kerjasama sepenuhnya.

“Mereka cuma tanya soalan biasa. Apa yang diucapkan dalam perjumpaan, siapa yang berucap, ada menghina Agong ke, ada bercakap isu sensitif ke. Saya cakap tiada.

“Kami berjumpa memang sebab nak buat penerangan kepada ahli-ahli veteran tentang apakah hak mereka.

“Kami bukan musuh negara, kami bukan hendak menjatuhkan kerajaan, kami tidak mempunyai apa-apa niat serong,” katanya .

Dalam acara yang berlangsung semalam, seramai kira-kira 1,500 pesara tentera dari seluruh negara berkumpul di Tugu Negara bagi menyuarakan beberapa isu, terutama berkaitan kebajikan mereka.

Antara gesaan mereka adalah untuk penyelarasan pencen tentera yang bersara sebelum 2013 serta hak untuk menerima pencen setelah sekurang-kurangnya 10 tahun berkhidmat.

Lebih 1,000 pesara tentera berhimpun di Tugu Negara tuntut kebajikan dibela

'Veteran tentera sampai nak mati tak dapat apa'

Memetik laporan Free Malaysia Today hari ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya memaklumkan kertas siasatan berkenaan acara itu telah dibuka di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman,” katanya kepada FMT.

Mengulas lanjut, Mior mendakwa pihaknya telah mendapatkan kebenaran polis dan malah polis yang mencadangkan agar ia diadakan di Tugu Negara, bukannya Dataran Merdeka yang di awal perancangan.

Namun, dakwanya, kebenaran itu hanya secara lisan selepas perjumpaan dengan wakil dari Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan IPK Dang Wangi.

“Saya ada minta untuk ditandatangani persetujuan itu sebagai rekod hitam putih tetapi tak dapat. Ketika mesyuarat bersama pihak polis, mereka ada cakap nak berikan bantuan kawalan keselamatan, kawalan trafik dan ambulan sebab yang datang pun ramai orang tua.

“Dan bila saya sampai di Tugu Negara semalam, saya nampak polis trafik, anggota polis beruniform dan dua buah ambulan sudah ada.

“Apabila saya nampak tiga perkara yang dijanjikan polis itu ditunaikan, saya beranggapan mereka berpegang kepada persetujuan lisan sebelum ini dan kami berhimpun semalam secara sah,” katanya lagi.

Dia turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa yang terlibat membantu perjalanan himpunan semalam. #sumber



Demikianlah Artikel Polis Ambil Keterangan Enam Penganjur Demo Himpunan Reunion Veteran Tentera Semalam !

Sekianlah artikel Polis Ambil Keterangan Enam Penganjur Demo Himpunan Reunion Veteran Tentera Semalam ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Ambil Keterangan Enam Penganjur Demo Himpunan Reunion Veteran Tentera Semalam ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/06/polis-ambil-keterangan-enam-penganjur.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Ambil Keterangan Enam Penganjur Demo Himpunan Reunion Veteran Tentera Semalam !"

Catat Ulasan

Loading...