Loading...

Ahli Parlimen Kuantan Pertikai Kaitan 'Pakai Seksi': Nenek, Kanak-Kanak, Kambing Pun Di Rogol !

Loading...
Ahli Parlimen Kuantan Pertikai Kaitan 'Pakai Seksi': Nenek, Kanak-Kanak, Kambing Pun Di Rogol ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen Kuantan Pertikai Kaitan 'Pakai Seksi': Nenek, Kanak-Kanak, Kambing Pun Di Rogol !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen Kuantan Pertikai Kaitan 'Pakai Seksi': Nenek, Kanak-Kanak, Kambing Pun Di Rogol !
link : Ahli Parlimen Kuantan Pertikai Kaitan 'Pakai Seksi': Nenek, Kanak-Kanak, Kambing Pun Di Rogol !

Baca juga


Ahli Parlimen Kuantan Pertikai Kaitan 'Pakai Seksi': Nenek, Kanak-Kanak, Kambing Pun Di Rogol !


KUALA LUMPUR - Fuziah Salleh (PH-Kuantan) mempersoalkan tindakan sesetengah pihak ‘menghukum’ mangsa gangguan seksual apabila mengaitkannya dengan pemakaian mangsa.

Bekas ketua wanita PKR itu berkata, tindakan tersebut seolah-olah menjustifikasikan gangguan seksual kerana mangsa terdiri daripada pelbagai latar belakang dan umur.

Dia turut menceritakan pameran bertajuk ‘Am I At Fault?’ yang diadakan di Brussels, Belgium pada 2018, di mana ia mempamerkan baju-baju mangsa gangguan seksual.

“Ada baju budak 5 tahun bertuliskan My Little Pony. Ada baju uniform mangsa rogol, ada baju orang bersukan pakai tshirt...adakah kita mengatakan 'they asked for it?'

“Ini yang kita perlu reorientate pemikiran pihak-pihak penggubal undang-undang untuk mencipta enabling environment.

“Nenek 74 tahun pun kena rogol, kanak-kanak 5 tahun kena rogol, remaja lelaki pun kena rogol, malah kambing pun kena rogol. Sampai mati kambing tu. Adakah kita kata mereka berpakaian seksi?

“Jadi bagi saya ini hujah-hujah tidak rasional dan langsung tidak mencerminkan bahawa kita boleh membela nasib rakyat,” katanya dalam sesi perbahasan RUU Anti-gangguan Seksual di Dewan rakyat hari ini.

Terdahulu, Fuziah dalam perbahasannya merujuk kepada kenyataan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang mengaitkan isu gangguan seksual dengan kewajipan menutup aurat.

Menurut Fuziah, meskipun ia tidak dinafikan merupakan kewajipan di dalam agama, tetapi tindakan seolah-olah menghukum itu membuatkan mangsa takut untuk tampil membuat laporan.

“Ya betul saranan agama, tetapi dikaitkan dengan membanteras gangguan seksual. Saya kira untuk mengaitkan...semalam juga ada ahli parlimen mengatakan tingkah-laku mengundang, seolah-olah menjustifikasi gangguan seksual.

“Ini adalah sikap judgmental yang tidak membantu kepada enabling environment.

“Kita sebagai ahli parlimen pasti akan terima aduan...kalau belum apa-apa kita dah jawab, 'pakai seksi lagi' kalau MP macam ni macam mana nak ajak mangsa untuk berani mengadu?” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Kuantan Pertikai Kaitan 'Pakai Seksi': Nenek, Kanak-Kanak, Kambing Pun Di Rogol !

Sekianlah artikel Ahli Parlimen Kuantan Pertikai Kaitan 'Pakai Seksi': Nenek, Kanak-Kanak, Kambing Pun Di Rogol ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Kuantan Pertikai Kaitan 'Pakai Seksi': Nenek, Kanak-Kanak, Kambing Pun Di Rogol ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/07/ahli-parlimen-kuantan-pertikai-kaitan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ahli Parlimen Kuantan Pertikai Kaitan 'Pakai Seksi': Nenek, Kanak-Kanak, Kambing Pun Di Rogol !"

Catat Ulasan

Loading...