Loading...
Judul : Aktivis Terkejut Isu Panas Pengkhiantan Tanah Terhadap Orang Melayu Menjadi Tular Semula !
link : Aktivis Terkejut Isu Panas Pengkhiantan Tanah Terhadap Orang Melayu Menjadi Tular Semula !
Aktivis Terkejut Isu Panas Pengkhiantan Tanah Terhadap Orang Melayu Menjadi Tular Semula !
Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) berkata, ramai pihak yang jadi mangsa menghubungi beliau dan menyokong penuh kenyataan tersebut. Terdahulu, kenyataan beliau di portal ini telah tular semula dan dikongsikan di dalam berbagai group media sosial terutamanya WhatsApp sejak beberapa hari yang lalu.
"Rata-rata mendakwa isu ini sudah lama berlaku, bukan sahaja di Pahang malahan di seluruh negara. Orang dalam yang majoriti berbangsa Melayu membolot dan faraid tanah sesama sendiri, kerana mereka tahu bab-bab tanah dan di mana tanah kosong atau tersepit. Itu belum lagi yang lapis fail permohonan orang lain.
"Saya sedih mengenang nasib orang Melayu, bangsa sendiri yang dipermainkan oleh pihak berkenanan. Malah, saya mendapat banyak maklumat mereka ini menjual berekar-ekar tanah sewaktu masih bertugas, apatah lagi bila sudah pencen. Mereka kaya raya dengan hasil penjualan tanah. Mereka agih-agihkan tanah sesama kakitangan jabatan berkenaan, tanpa memperdulikan nasib rakyat marhaen yang tidam bertanah.
"Ada yang puluhan tahun membuka dan mendiami tanah sekangkang kera, mohon geran macam-macam helah. Sekejap dalam proses, sekejap dalam pertimbangan hingga pemohon mati, disambung anak-anaknya. Tiba-tiba tanah dapat kepada pihak lain.
"Menitis air mata rakyat dengan kerja jahat orang dalam yang mengejar kemewahan semata-mata. Duit lebih diutamakan, sebab itu daripada luluskan tanah kepada bangsa sendiri, lebih baik kautim dengan pihak lain yang mampu membayar tanah tersebut dengan wang ringgit," dakwa Shukri.
Justeru katanya, dengan fenomena filem 'Mat Kilau' yang sedang meletop sekarang ini beliau menggesa pihak yang khianat ini sueah-sudahlah jadi 'talibarut', sama macam yang berlaku pada zaman penjajah.
"Pahlawan Mat Kilau ada meninggalkan pesan jangan sampai bangsaku tiada negara. Hari ini ia berlaku, ramai bangsa Melayu sendiri tidak bertanah akibat perbuatan licik orang dalam yang bernafsu besar untuk mengejar cita-cita menjadi kaya dengan mudah. Ingatlah, perbuatan kamu telah melanggar amanat pahlawan terdahulu.. Kamu lebih rela jual tanah kepada pihak lain, asalkan ada duit membayarnya.
"Jika berurusan di pejabat terbabit, mereka lebih selesa melayan pihak lain daripada bangsa sendiri. Saya banyak terima aduan dan berjanji akan mengangkat isu ini demi mempertahankan hak rakyat marhaen yang sudah sekian lama diperdayakan," katanya lagi.
Sementara itu, selaku Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyar (Angkara), Shukri berkata langkah seterusnya beliau akan menggerakkan suara rakyat dan mengadakan himpunan besar-besaran agar pihak atasan terutamanya kerajaan yang memerintah mengambil perhatian isu ini
"Saya menyeru mana-nnaa rakyat yang menjadi mangsa orang dalam ini agar dapat tampil bertemu saya beserta dengan segala dokumen yang berkenaan. Kita mahu lihat segala bukti dan sejauh manakah mereka dipermainkan selama ini. Saya berjanji akan mengangkat isu ini hingga ke istana jika tiada jalan penyelesaian.
"Saya tidak mahu bangsa sendiri terus ditipu dan dipermain-mainkan oleh orang dalam yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Jika anda ada bukti dan tahu mana-mana tanah yang dibolot oleh orang dalam ini maka jangan segan-segan maklumkan kepada saya. Kita mahu isu ini mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak yang berkenaan. Sudah tiba masanya keadilan itu ditegakkan dalam isu ini.
Difahamkan, ramai mangsa yang amat berterima kasih kepada beliau kerana mengangkat isu ini. Selama ini mereka hanya pendamkan sahaja dan menerima segala pengkhianatan ini tanpa boleh berbuat apa-apa, tapi kini bila ia dibangkitkan oleh beliau maka semua pihak mula buka mata terhadap isu ini.
Dapatkan info berkaitan isu rakyat bolelah like, follow dan share laman facebook beliau https://www.facebook.com/cmkshukrieramly
Demikianlah Artikel Aktivis Terkejut Isu Panas Pengkhiantan Tanah Terhadap Orang Melayu Menjadi Tular Semula !
Sekianlah artikel Aktivis Terkejut Isu Panas Pengkhiantan Tanah Terhadap Orang Melayu Menjadi Tular Semula ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Aktivis Terkejut Isu Panas Pengkhiantan Tanah Terhadap Orang Melayu Menjadi Tular Semula ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/07/aktivis-terkejut-isu-panas-pengkhiantan.html
0 Response to "Aktivis Terkejut Isu Panas Pengkhiantan Tanah Terhadap Orang Melayu Menjadi Tular Semula !"
Catat Ulasan