Judul : Christopehe Gamel Kekal Tenang Jawatan Jadi Pertaruhan Jika Tewas Kepada Terengganu FC
link : Christopehe Gamel Kekal Tenang Jawatan Jadi Pertaruhan Jika Tewas Kepada Terengganu FC
Christopehe Gamel Kekal Tenang Jawatan Jadi Pertaruhan Jika Tewas Kepada Terengganu FC
KUANTAN - Christophe Gamel bersedia dengan sebarang kemungkinan mengenai statusnya selaku ketua jurulatih Sri Pahang FC sekiranya skuad itu tewas kepada Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Ahad ini.
Jurulatih berasal dari Perancis itu berkata, ketika ini, beliau kekal fokus mengendalikan skuad Tok Gajah dalam usaha mencatat keputusan positif.
"Saya akan melakukan yang terbaik buat Sri Pahang dan bersedia menerima keputusan kelab.
"Apa yang harus saya lakukan ialah untuk memastikan Sri Pahang berada pada tahap terbaik berdepan TFC di tempat lawan.
"Ini kerana sebarang keputusan yang diambil adalah demi kebaikan Sri Pahang," kata jurulatih berusia 50 tahun itu.
Gamel diminta mengulas kedudukannya selaku ketua jurulatih bakal tergugat jika Sri Pahang tewas kepada TFC, Ahad ini.
Semalam, sumber Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) memaklumkan bahawa jurulatih import itu tiada pilihan lain kecuali menang ke atas TFC.
"Pengurusan sudah melakukan segalanya termasuk menyenaraikan empat pemain baharu, termasuk tiga import dalam memperkasakan skuad itu.
"Mungkin sejarah musim lalu akan berulang tetapi kini terpulang kepada persediaan Gamel untuk memastikan Sri Pahang menang dan kedudukannya dalam pasukan selamat," kata sumber itu.
Tindakan itu susulan prestasi hambar dan dua kekalahan berturut-turut yang dialami Sri Pahang yang menyebabkan skuad itu kini berada di kedudukan kedua tercorot Liga Super.
Selepas mengharungi 10 perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan ke-11 liga dengan hanya mengutip lapan mata.
Dua kekalahan berturut-turut yang dialami ketika tewas 1-2 kepada Sabah FC dan Negeri Sembilan FC (NSFC) 0-3 meletakkan Sri Pahang dalam kedudukan bahaya iaitu tersingkir ke Liga Perdana. #sumber
Demikianlah Artikel Christopehe Gamel Kekal Tenang Jawatan Jadi Pertaruhan Jika Tewas Kepada Terengganu FC
Anda sekarang membaca artikel Christopehe Gamel Kekal Tenang Jawatan Jadi Pertaruhan Jika Tewas Kepada Terengganu FC dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/07/christopehe-gamel-kekal-tenang-jawatan.html

0 Response to "Christopehe Gamel Kekal Tenang Jawatan Jadi Pertaruhan Jika Tewas Kepada Terengganu FC"
Catat Ulasan