Loading...

Kalau Mahu Terus Di Hormati, UMNO Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui PRU

Loading...
Kalau Mahu Terus Di Hormati, UMNO Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui PRU - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kalau Mahu Terus Di Hormati, UMNO Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui PRU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kalau Mahu Terus Di Hormati, UMNO Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui PRU
link : Kalau Mahu Terus Di Hormati, UMNO Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui PRU

Baca juga


Kalau Mahu Terus Di Hormati, UMNO Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui PRU

KUANTAN - Desakan supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) segera diadakan terus mendapat sokongan akar umbi UMNO.

Kali ini, Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, tampil berkata, parti Melayu itu memerlukan mandat baru yang lebih stabil jika ingin terus dihormati.

Katanya, walaupun wakil UMNO memegang jawatan Perdana Menteri, namun kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan 'diwarisi' daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020.

"Kita jadi kerajaan bukan melalui mandat rakyat, jadi kalau kita mahu dihormati, kena dapatkan mandat baharu.

"Bagaimana nak dapat mandat baru? mestilah melalui pilihan raya dan kalau itulah caranya, UMNO tidak ada pilihan, selain kita berdepan dengan pembangkang atau sesiapa sahaja dalam pilihan raya umum," katanya ketika ditemui di pejabatnya, lapor Malaysiakini

Ketika ditanya sama ada UMNO sudah bersedia jika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat, Ahmad Tajuddin memaklumkan, bersedia atau tidak itu bukan soal paling penting.

"Di peringkat akar umbi memang sudah lama (bersedia) bekerja, sekarang ini kita cuma nak tengok sejauh mana 'rentak' pembangkang.

"Jika dulu mereka (pembangkang) selalu meminta supaya kembalikan mandat kepada rakyat, tapi sejak akhir-akhir ini, pembangkang 'pusing cerita' kononnya kita (UMNO) yang bersungguh-sungguh mahukan PRU-15.

"Pandangan sayalah, mana ada parti yang mahu menangguhkan (PRU15) jika mereka yakin boleh menang, jadi saya fikir mereka (pembangkang) juga tidak yakin boleh menang," katanya.

Ditanya mengenai isu dihadapi pimpinan tertinggi UMNO ketika ini, dia menjelaskan suara akar umbi lebih berkuasa berbanding seorang dua pimpinan.

Katanya, kes mahkamah dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak adalah masalah peribadi dan tidak membabitkan akar umbi secara langsung.

"Itu masalah (peribadi) mereka, kekuatan UMNO selama ini disebabkan sokongan ahli akar umbi, ahli peringkat cawangan, jentera jalinan rakyat (JR) Wanita UMNO, Puteri dan semua penyokong.

"Mereka (akar umbi) ini berjuang mempertahankan UMNO bukan disebabkan nak jadi Menteri, Timbalan Menteri atau duta, tapi sebab sayangkan parti.

"Kita sudah ada pengalaman 22 bulan bersama (diperintah) Pakatan Harapan (PH), ahli akar umbi kita dah lalui kesukaran itu, mereka masih setia bersama UMNO, masih mempertahankan parti dan tidak lari (melompat) ke mana-mana," katanya.

Ketika ini, Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana berjuta-juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Manakala pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta dan memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dipenjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta.

Proses rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman dalam kes penyelewengan itu akan didengar Mahkamah Persekutuan selama 10 hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail pada 21 Jun lalu berhubung pemilihan calon 'muka baru' untuk PRU-15, Ahmad Tajuddin berkata, ia masih lagi belum muktamad.

"Kalau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah lebih empat penggal menang tapi dia masih boleh berkhidmat, boleh memastikan kemenangan UMNO, tidak ada isu berbangkit, bolehlah dia teruskan (bertanding).


"Kalau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah lebih empat penggal menang tapi dia masih boleh berkhidmat, boleh memastikan kemenangan UMNO, tidak ada isu berbangkit, bolehlah dia teruskan (bertanding).

"Tapi kalau ada masalah, tidak diterima baik oleh ahli peringkat akar umbi dan ada masalah lain (seperti kesihatan), elok bagi laluan kepada orang lain.

"Tidak semestinya kalau dia pegang jawatan di peringkat Bahagian, maka dia jadi calon, itu atas kebijaksanaan pimpinan UMNO Pahang tentukan siapa yang layak bertanding," katanya lagi.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang dalam sidang media di Kuantan pada 21 Jun lalu memberi gambaran ADUN yang sudah berkhidmat empat penggal atau lebih, akan digantikan dengan calon baharu.

Dia dilaporkan berkata, walaupun keputusan itu belum dimuktamadkan, tapi ia adalah antara cadangan awal dan akan diputuskan sebaik saja parlimen dibubarkan. #sumber



Demikianlah Artikel Kalau Mahu Terus Di Hormati, UMNO Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui PRU

Sekianlah artikel Kalau Mahu Terus Di Hormati, UMNO Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui PRU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kalau Mahu Terus Di Hormati, UMNO Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui PRU dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/07/kalau-mahu-terus-di-hormati-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kalau Mahu Terus Di Hormati, UMNO Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui PRU"

Catat Ulasan

Loading...