Judul : PAS Tolak Cadangan Khemah Besar, Istiqamah 'Penyatuan Ummah' Membina Semula Negara !
link : PAS Tolak Cadangan Khemah Besar, Istiqamah 'Penyatuan Ummah' Membina Semula Negara !
PAS Tolak Cadangan Khemah Besar, Istiqamah 'Penyatuan Ummah' Membina Semula Negara !
KOTA BHARU - PAS menolak cadangan 'khemah besar' dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), sebaliknya memfokuskan agenda penyatuan ummah.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, menegaskan yang prinsip parti itu dalam seruan penyatuan ummah adalah jelas.
"PAS berdiri teguh dengan prinsip kerjasama politik yang menguatkan dahulu umat Islam, dalam masa sama berdiri dalam satu perikatan dengan parti bukan Islam yang tidak ekstrem dan menjulang prinsip Perlembagaan Persekutuan.
"PAS tidak akan berhenti menyeru seluruh parti Melayu Islam, baik UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk bersama-sama dalam membina semula negara dan memperkukuhkan umat Islam," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, berkata PAS menyedari situasi semasa umat Islam yang semakin dihimpit dengan pelbagai cabaran dari segenap aspek kebelakangan ini.
Oleh sebab, katanya, PAS dengan segenap kemampuan yang ada sudah menggerakkan usaha memperkenalkan Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS) sebagai salah satu usaha menterjemahkan solusi politik Islam dalam mendepani cabaran ini.
"Terkini, PAS meneruskan agenda ini menerusi seruan penyatuan ummah rentas ideologi dan parti politik.
"Rakyat Malaysia pasti tidak lupa dengan sejarah hitam 22 bulan negara di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang sudah menzahirkan realiti golongan yang cuba menggugat status quo negara Malaysia serta prinsip asas tunjang negara.
"Prinsip PAS sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS adalah jelas. Islam yang paling utama," katanya.
Beliau berkata, bagi menghadapi rejim PH ketika 2018-2019 lalu, PAS sudah menggerakkan usaha muafakat ummah dengan parti Melayu seperti UMNO dan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai ikhtiar menguatkan akar politik Melayu Islam yang semakin goyah.
Namun pada masa sama katanya, PAS menggerakkan usaha undi percaya kepada Perdana Menteri di saat kedudukan beliau diganggu gugat.
"Semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah demi Islam dan prinsip kestabilan kerajaan yang dipegang PAS," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel PAS Tolak Cadangan Khemah Besar, Istiqamah 'Penyatuan Ummah' Membina Semula Negara !
Anda sekarang membaca artikel PAS Tolak Cadangan Khemah Besar, Istiqamah 'Penyatuan Ummah' Membina Semula Negara ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/07/pas-tolak-cadangan-khemah-besar.html
0 Response to "PAS Tolak Cadangan Khemah Besar, Istiqamah 'Penyatuan Ummah' Membina Semula Negara !"
Catat Ulasan