Loading...

Pengurusan Stadium Tun Razak Jengka 'Batal' Kelulusan PAS Pahang Anjur Himpunan Hijau 3.0 (H20K), Program Pindah Ke Pantai Sepat

Loading...
Pengurusan Stadium Tun Razak Jengka 'Batal' Kelulusan PAS Pahang Anjur Himpunan Hijau 3.0 (H20K), Program Pindah Ke Pantai Sepat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengurusan Stadium Tun Razak Jengka 'Batal' Kelulusan PAS Pahang Anjur Himpunan Hijau 3.0 (H20K), Program Pindah Ke Pantai Sepat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengurusan Stadium Tun Razak Jengka 'Batal' Kelulusan PAS Pahang Anjur Himpunan Hijau 3.0 (H20K), Program Pindah Ke Pantai Sepat
link : Pengurusan Stadium Tun Razak Jengka 'Batal' Kelulusan PAS Pahang Anjur Himpunan Hijau 3.0 (H20K), Program Pindah Ke Pantai Sepat

Baca juga


Pengurusan Stadium Tun Razak Jengka 'Batal' Kelulusan PAS Pahang Anjur Himpunan Hijau 3.0 (H20K), Program Pindah Ke Pantai Sepat

 

KUANTAN - Hasrat PAS Pahang mahu mengadakan Himpunan Hijau 3.0 (H20K) dengan meriah di Stadium Tun Abdul Razak di Bandar Tun Razak Jengka pada hujung bulan ini nampaknya tidak kesampaian.

Hal itu kerana pihak pengurusan stadium terbabit membatalkan kelulusan yang diberikan sebelum ini.

Perkara itu disahkan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar, hari ini.

Bagaimanapun kata Rosli buat masa ini PAS Pahang tidak mahu memberikan komentar lanjut.

"Maaf, PAS Pahang sedang menunggu surat rasmi yang menyatakan kami tidak dibenarkan menggunakan stadium tersebut.

“Setakat ini maklumat mengenainya hanya dihantar melalui e-mel, harap sabar dulu ya,” katanya melalui aplikasi WhatsApp.

Pembatalan kebenaran bagi mengadakan himpunan itu mengundang persoalan dalam kalangan ahli dan penyokong PAS memandangkan pucuk pimpinan parti negeri terbabit masih cuba mempertahankan Muafakat Nasional.

Sementara itu, sumber rapat dengan pimpinan PAS Pahang memberitahu, tindakan membatalkan kebenaran diberikan pada awal bulan ini adalah sesuatu yang pelik dan mengejutkan.

“Pihak kami (penganjur) sudah mengemukakan permohonan sejak awal lagi dan kami dimaklumkan surat kebenaran untuk H20K sudah dihantar kepada pejabat ADUN PAS Jengka pada 1 Julai lalu.

"Bagaimanapun, pada 6 Julai, mereka (pihak pengurusan stadium) menghantar satu lagi surat menyatakan kebenaran untuk menggunakan stadium dibatalkan.

"Alasan yang diberikan ialah kerana tarikh tersebut bertembung dengan jadual kerja penyelenggaraan di situ," katanya.

Menurut sumber terbabit, sukar mahu diterima akal pihak pengurusan stadium tidak tahu jadual penyelenggaraan lebih awal sehingga sebelum ini mereka memberi kebenaran kepada PAS.

"Kenapa pada peringkat awal mereka beri kebenaran, tapi selepas itu membatalkan kelulusan tersebut?” katanya.

Berdasarkan surat yang dilihat, pihak pengurusan stadium dalam surat bertarikh 1 Julai memaklumkan PAS boleh menggunakan kemudahan tersebut dengan bayaran RM10,000.

Menggunakan kepala surat Felda, pihak pengurusan menghantar notis berkenaan kepada Setiausaha Program Himpunan Hijau 20K.

Bayaran RM10,000 itu merangkumi penggunaan lot parking, ruang makan VIP, 'scoreboard' dan sistem audio serta ruang tempat duduk penonton.

Surat itu juga memaklumkan pihak penganjur perlu mendapatkan permit atau kelulusan daripada Majlis Daerah Maran jika ingin menyediakan ruang gerai jualan di luar kawasan stadium itu.

Melalui surat bertarikh 6 Julai lalu pula, pengurus Stadium Tun Abdul Razak Jengka memaklumkan kelulusan diberikan sebelum ini dibatalkan kerana terdapat kerja penambahbaikan dan pengubahsuaian stadium bakal dilakukan pada tarikh sama.

Ekoran perkembangan itu Rosli memberitahu PAS Pahang akan meneruskan program H20K di lokasi lain.

Kata ADUN Tanjung Lumpur itu, program H20K itu akan dilangsungkan di Pantai Sepat, dekat Kuantan, pada tarikh sama.

Program H20K dijangka turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan pimpinan utama yang lain. #sumber



Demikianlah Artikel Pengurusan Stadium Tun Razak Jengka 'Batal' Kelulusan PAS Pahang Anjur Himpunan Hijau 3.0 (H20K), Program Pindah Ke Pantai Sepat

Sekianlah artikel Pengurusan Stadium Tun Razak Jengka 'Batal' Kelulusan PAS Pahang Anjur Himpunan Hijau 3.0 (H20K), Program Pindah Ke Pantai Sepat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengurusan Stadium Tun Razak Jengka 'Batal' Kelulusan PAS Pahang Anjur Himpunan Hijau 3.0 (H20K), Program Pindah Ke Pantai Sepat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/07/pengurusan-stadium-tun-razak-jengka.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengurusan Stadium Tun Razak Jengka 'Batal' Kelulusan PAS Pahang Anjur Himpunan Hijau 3.0 (H20K), Program Pindah Ke Pantai Sepat"

Catat Ulasan

Loading...