Loading...

Persatuan Pencinta Alam Pahang Dakwa Masih Ada Peluang Kerajaan 'Selamatkan' Tasik Chini, 'Kekal Status' Sebagai Rizab Biosfera UNESCO !

Loading...
Persatuan Pencinta Alam Pahang Dakwa Masih Ada Peluang Kerajaan 'Selamatkan' Tasik Chini, 'Kekal Status' Sebagai Rizab Biosfera UNESCO ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Persatuan Pencinta Alam Pahang Dakwa Masih Ada Peluang Kerajaan 'Selamatkan' Tasik Chini, 'Kekal Status' Sebagai Rizab Biosfera UNESCO !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Persatuan Pencinta Alam Pahang Dakwa Masih Ada Peluang Kerajaan 'Selamatkan' Tasik Chini, 'Kekal Status' Sebagai Rizab Biosfera UNESCO !
link : Persatuan Pencinta Alam Pahang Dakwa Masih Ada Peluang Kerajaan 'Selamatkan' Tasik Chini, 'Kekal Status' Sebagai Rizab Biosfera UNESCO !

Baca juga


Persatuan Pencinta Alam Pahang Dakwa Masih Ada Peluang Kerajaan 'Selamatkan' Tasik Chini, 'Kekal Status' Sebagai Rizab Biosfera UNESCO !

 

KUANTAN - Status Tasik Chini sebagai rizab biosfera Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) masih boleh dipertahankan jika semua proses pemuliharaan berjalan seperti dirancang.

Pengerusi Persatuan Pencinta Alam (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar, berkata penelitian awal dan laporan berkaitan risiko status tasik itu ditarik balik oleh UNESCO adalah dibuat berdasarkan pemeriksaan pada 2021.

Untuk tahun ini, katanya, ada beberapa usaha penanaman semula telah dilakukan di bawah kendalian Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bagi memperbaiki kualiti kawasan terjejas akibat aktiviti perlombongan di sekitar tasik tersebut.

"MNS Pahang turut mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman semula di situ dan pemantauan secara berterusan dilakukan.

"Kadar survival bagi pokok yang ditanam semula juga adalah agak baik dan tinggi," katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.

Noor Jehan berpandangan, jika wakil UNESCO boleh melakukan satu lagi penilaian dan laporan bagi tahun ini, mungkin peluang masih ada untuk tasik yang terletak dekat Pekan itu dikekalkan statusnya sebagai tapak rizab biosfera.

"Saya juga ada membaca laporan (UNESCO) itu, dan dia kata 'pihak berkuasa Malaysia diminta menghantar pelan terperinci untuk rizab biosfera Tasik Chini sebelum 30 September tahun ini'.

"Laporan itu perlu menyertakan pengezonan (kawasan) yang dikemas kini dengan 'mengekalkan tiga fungsi rizab biosfera'," katanya lagi.

Noor Jehan berkata MNS Pahang masih optimis Tasik Chini  yang berkeluasan 6,922.97 hektar  dapat mempertahankan pengiktirafan diterima pada 26 Mei 2009 itu.

"Kalau semua pihak bersungguh-sungguh mahu mempertahankan status UNESCO ini, saya percaya kita masih ada peluang," katanya.

Tasik Chini adalah tapak biosfera pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan  UNESCO, diikuti Banjaran Crocker, Sabah pada 2014 dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada Sept tahun lalu.

Status rizab biosfera UNESCO Tasik Chini mendapat perhatian selepas Malaysiakini pada Ahad lalu melaporkan status itu dalam penelitian ekoran penemuan awal yang tidak menggalakkan.

Menurut tinjauan berkala pertama Unesco mengenai Tasik Chini, tasik itu tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) mereka.

Penemuan itu dibentangkan di Majlis Penyelarasan Antarabangsa UNESCO MAB pada September tahun lalu, tetapi diterbitkan untuk akses awam dua bulan kemudian.

Sesuatu kawasan yang dianggap rizab biosfera di bawah program tersebut tertakluk kepada semakan berkala setiap 10 tahun. #sumber



Demikianlah Artikel Persatuan Pencinta Alam Pahang Dakwa Masih Ada Peluang Kerajaan 'Selamatkan' Tasik Chini, 'Kekal Status' Sebagai Rizab Biosfera UNESCO !

Sekianlah artikel Persatuan Pencinta Alam Pahang Dakwa Masih Ada Peluang Kerajaan 'Selamatkan' Tasik Chini, 'Kekal Status' Sebagai Rizab Biosfera UNESCO ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Persatuan Pencinta Alam Pahang Dakwa Masih Ada Peluang Kerajaan 'Selamatkan' Tasik Chini, 'Kekal Status' Sebagai Rizab Biosfera UNESCO ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/07/persatuan-pencinta-alam-pahang-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Persatuan Pencinta Alam Pahang Dakwa Masih Ada Peluang Kerajaan 'Selamatkan' Tasik Chini, 'Kekal Status' Sebagai Rizab Biosfera UNESCO !"

Catat Ulasan

Loading...