Loading...

Pesilat Dunia Kelahiran Kuantan Pahang, Mohd Al-Juffreri Jamari Umum Bersara Secara Rasmi

Loading...
Pesilat Dunia Kelahiran Kuantan Pahang, Mohd Al-Juffreri Jamari Umum Bersara Secara Rasmi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesilat Dunia Kelahiran Kuantan Pahang, Mohd Al-Juffreri Jamari Umum Bersara Secara Rasmi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesilat Dunia Kelahiran Kuantan Pahang, Mohd Al-Juffreri Jamari Umum Bersara Secara Rasmi
link : Pesilat Dunia Kelahiran Kuantan Pahang, Mohd Al-Juffreri Jamari Umum Bersara Secara Rasmi

Baca juga


Pesilat Dunia Kelahiran Kuantan Pahang, Mohd Al-Juffreri Jamari Umum Bersara Secara Rasmi


KUALA LUMPUR -  Juara dunia empat kali Mohd Al-Jufferi Jamari akhirnya secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada dunia persilatan profesional yang menjadi sebahagian kehidupannya sejak 15 tahun lepas.

Jaguh silat negara kelahiran Pahang itu berkata, kemenangan yang dilakar pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi melengkapkan kemanisannya yang selama ini berjuang di pentas silat demi mengharumkan nama negara dan warisan bangsa Melayu itu.

"Malam ini, secara rasmi saya bersara dan bagi saya, dapat ataupun tidak dapat emas saya tetap dengan keputusan saya iaitu menamatkan karier saya selaku atlet silat negara selepas hampir 15 tahun berkecimpung dalam dunia ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir malam Ahad.

Mohd Al-Jufferi, 30, menambah koleksi gelaran juara dunianya yang keempat apabila merangkul pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 yang berlangsung di Dewan Melaka International Trade Center (MITC) malam Ahad.

Beraksi dalam Kelas F Putera, pemenang empat pingat emas Sukan SEA itu menewaskan pesilat dari Indonesia Iqbal Chandra Pratama dengan keputusan 35-21.

Mohd Al-Jufferi berkata, faktor kesihatan merupakan antara sebab beliau berundur dari arena persilatan terutama kecederaan pada bahu kanan yang dihadapinya selama ini memerlukan tumpuan untuk dipulihkan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan untuk bersara itu sudah banyak kali disuarakan termasuklah ketika Sukan SEA di Hanoi pada Mei lepas namun terpaksa ditangguhkan selepas dipujuk oleh pelbagai pihak terutama tarikh aksi kejuaraan dunia sudah hampir.

"Jadi kejuaraan ini sudahpun berlangsung dan paling utama, saya dapat raih gelaran dunia keempat. Jadi di sinilah noktah saya," katanya.

Ditanya mengenai hala tuju selepas ini, anak didik Mazlan Shaari itu menjelaskan beliau akan memberi tumpuan terhadap Akademi Semboyan Warrior yang diusahakan di Saujana Putra, Selangor bagi melatih lebih ramai pelapis dalam sukan itu pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata beliau secara peribadi merelakan persaraan tersebut.

"Saya relakan kerana saya ingin merehatkan beliau dan kita sendiri tahu satu episod menyayat hati berlaku di Hanoi apabila dia tidak dapat meneruskan pertandingan. Saya katakan padanya yang saya akan sediakan pentas bertaraf lima bintang dan tugas dia hanyalah dapatkan pingat. Jadi hari ini, janji tu sudah kami berdua kotakan," katanya.

Beliau berkata, Pesaka mungkin ada perancangan lain yang akan disusun untuk jagoan itu namun bukan sebagai seorang atlet. #sumber



Demikianlah Artikel Pesilat Dunia Kelahiran Kuantan Pahang, Mohd Al-Juffreri Jamari Umum Bersara Secara Rasmi

Sekianlah artikel Pesilat Dunia Kelahiran Kuantan Pahang, Mohd Al-Juffreri Jamari Umum Bersara Secara Rasmi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesilat Dunia Kelahiran Kuantan Pahang, Mohd Al-Juffreri Jamari Umum Bersara Secara Rasmi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/07/pesilat-dunia-kelahiran-kuantan-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pesilat Dunia Kelahiran Kuantan Pahang, Mohd Al-Juffreri Jamari Umum Bersara Secara Rasmi"

Catat Ulasan

Loading...