Judul : YB ADUN Ketari Kecewa Kenyataan Kontraktor Dakwaan Isu Lempar Mercun Di Sungai Sepia !
link : YB ADUN Ketari Kecewa Kenyataan Kontraktor Dakwaan Isu Lempar Mercun Di Sungai Sepia !
YB ADUN Ketari Kecewa Kenyataan Kontraktor Dakwaan Isu Lempar Mercun Di Sungai Sepia !
BENTONG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang kontraktor berkaitan kes yang tular di Sungai Sepia dalam media sosial baru-baru ini.
Kenyataan kontraktor terbabit bahawa dia “melemparkan mercun sekadar suka-suka, menunjukkan beliau tidak arif mengenai isu alam sekitar terutamanya berkaitan dengan habitat haiwan.
"Walaupun tiada ikan yang timbul namun saya percaya sisa belerang dari mercun tersebut sedikit sebanyak telah mencemarkan air sungai dan ekosistem sungai tersebut," kata ADUN terbabit.
Beliau turut memohon agar pihak polis dan pihak agensi yang berkaitan segera mengambil tindakan kepada kontraktor ini. Kejadian sebegini tidak boleh berulang lagi.
"Alasan 'suka-suka' adalah satu alasan yang tidak boleh diterima dan tindakan beliau adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab.
"Saya juga ingin mengingatkan kepada orang ramai yang mengunjungi sungai atau pun hutan untuk tujuan rekreasi agar mematuhi larangan dan peraturan serta memelihara kebersihan dan kelestarian habitat dan ekosistem alam sekitar kita.
"Sudah cukup kita berdepan dengan pelbagai masalah kerosakan besar di hutan dan sungai, janganlah kita menambah lagi kerosakan ini walaupun dengan sekecil-kecil perbuatan. Sayangi alam sekitar kita," tambah beliau lagi. #sumber
Demikianlah Artikel YB ADUN Ketari Kecewa Kenyataan Kontraktor Dakwaan Isu Lempar Mercun Di Sungai Sepia !
Anda sekarang membaca artikel YB ADUN Ketari Kecewa Kenyataan Kontraktor Dakwaan Isu Lempar Mercun Di Sungai Sepia ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/07/yb-adun-ketari-kecewa-kenyataan.html
0 Response to "YB ADUN Ketari Kecewa Kenyataan Kontraktor Dakwaan Isu Lempar Mercun Di Sungai Sepia !"
Catat Ulasan