Judul : Daftar Pekerja Asing Sebagai 'Buruh', Jangan Benar Mereka Mengahwini Wanita Tempatan
link : Daftar Pekerja Asing Sebagai 'Buruh', Jangan Benar Mereka Mengahwini Wanita Tempatan
Daftar Pekerja Asing Sebagai 'Buruh', Jangan Benar Mereka Mengahwini Wanita Tempatan
KUANTAN - Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA) meminta kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) khusus untuk pekerja asing di Dewan Rakyat dan Dewan Negara secepat mungkin.
Penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) itu, Mohd Shukri Mohd Ramli @ Jamaluddin, berkata RUU berkenaan penting untuk memastikan semua pekerja asing dikategorikan sebagai buruh dan tidak boleh terbabit dalam perniagaan atau membuka premis perniagaan sesuka hati.
“Mereka (pekerja asing) boleh masuk Malaysia, daftar sebagai buruh jadinya mereka ini boleh kerja di ladang kelapa sawit atau kebun getah atau sektor pertanian lain.
“Jangan benarkan mereka berniaga, buka premis perniagaan sewenang-wenangnya dan jangan berikan lesen perniagaan atau guna lesen perniagaan milik orang tempatan untuk mengusahakan sebarang bentuk perniagaan.
“Lagi satu perkara, kita jangan benarkan pekerja asing ini berkahwin dengan penduduk tempat dan kalau mereka berkahwin juga, isteri mereka perlu mengikut pekerja asing itu pulang ke negara asal selepas permit pekerja tamat,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.
Mohd Shukri turut mendesak polis, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Imigresen melakukan siasatan secara telus apabila menerima aduan berkaitan warga asing yang terbabit dalam aktiviti perniagaan.
Katanya, sikap sambil lewa pihak berkuasa setiap kali mendapat aduan daripada rakyat mengakibatkan makin ramai pekerja asing membuka kedai dan premis perniagaan di bandar utama di seluruh negara.
“Kalau dapat aduan itu, siasatlah, buat pemeriksaan dengan kadar segera. Kalau dibiarkan, masalah ini makin sukar untuk ditangani.
“Mengenai pekerja asing yang berniaga guna nama atau lesen warga tempatan pula, benda ini bukan benda baru, dah lama dan tindakan tegas perlu diambil terhadap warga tempatan yang bersekongkol dengan warga asing menjalankan perniagaan ini,” katanya lagi.
Beliau yang turut dikenali sebagai blogger Cucu Mat Kilau menggesa kerajaan memandang serius isu berkenaan supaya isu ekonomi setempat dikuasai warga asing tidak terus membarah dalam masyarakat hingga mengakibatkan ramai rakyat tempatan menjadi mangsa.
Katanya, ramai pekerja asing didapati menyalahgunakan permit pekerja dikeluarkan untuk mereka dan ada antaranya memiliki rangkaian kedai runcit serta pelbagai jenis perniagaan lain di negara ini.
“Selagi kerajaan tidak bertegas, susah untuk kita selesaikan masalah berbangkit sejak sekian lama ini.
“Sebab itulah saya fikir perlu ada undang-undang khusus, perkenalkan RUU bagi mengawal perkara ini daripada berterusan,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Daftar Pekerja Asing Sebagai 'Buruh', Jangan Benar Mereka Mengahwini Wanita Tempatan
Anda sekarang membaca artikel Daftar Pekerja Asing Sebagai 'Buruh', Jangan Benar Mereka Mengahwini Wanita Tempatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/daftar-pekerja-asing-sebagai-buruh.html
0 Response to "Daftar Pekerja Asing Sebagai 'Buruh', Jangan Benar Mereka Mengahwini Wanita Tempatan"
Catat Ulasan