Loading...

Hilang Peluang Untuk "Jadi Calon" Bertanding PRU-15 Antara Punca UMNO Tolak BERSATU !

Loading...
Hilang Peluang Untuk "Jadi Calon" Bertanding PRU-15 Antara Punca UMNO Tolak BERSATU ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hilang Peluang Untuk "Jadi Calon" Bertanding PRU-15 Antara Punca UMNO Tolak BERSATU !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hilang Peluang Untuk "Jadi Calon" Bertanding PRU-15 Antara Punca UMNO Tolak BERSATU !
link : Hilang Peluang Untuk "Jadi Calon" Bertanding PRU-15 Antara Punca UMNO Tolak BERSATU !

Baca juga


Hilang Peluang Untuk "Jadi Calon" Bertanding PRU-15 Antara Punca UMNO Tolak BERSATU !

 

PETALING JAYA - Seorang pemimpin kanan PAS berpandangan, keengganan sesetengah pemimpin UMNO untuk menerima BERSATU dalam kerjasama politik kerana dipengaruhi sifat peribadi yang mahukan kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya kelak.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka (pemimpin UMNO) bukan terlalu ego sebaliknya ia akan melibatkan Bersatu dari segi pembahagian kerusi sekali gus menyebabkan ada pemimpin bahagian tidak dapat bertanding.

“Pembahagian kerusi terpaksa melibatkan Bersatu dan ini menyebabkan, ada ketua bahagian UMNO tertentu tidak berpeluang untuk bertanding,” katanya yang juga Timbalan Presiden PAS.

Justeru, Tuan Ibrahim berkata, bagi PAS, parti melihat dalam kerangka besar termasuk arah mana kerajaan membawa sesebuah negara.

“Bagi PAS kita tengok kerangka besar, contohnya waktu kita bincang soal menteri kanan, PAS ada 18 Ahli Parlimen 18., GPS (Gabungan Parti Sarawak juga ada) 18.

“GPS ada menteri kanan. BERSATU ada dua menteri kanan. UMNO ada seorang menteri kanan. Sepatutnya PAS dapat menteri kanan kan? Sebab PAS 18, sama dengan GPS. Tapi bagi kami, bagi PAS, kita usah berebut jawatanlah.

“Yang penting kita jaga negara, rakyat tengah susah. Kita fokus pada bantu rakyat dulu daripada kita duk berebut jawatan, akhir rakyat terbiar. Bagi PAS ni kita tengok dalam kerangka besar. Kerangka besar negara kita nak bawa ke mana? soalnya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menasihatkan ketiga-tiga parti duduk semeja dan menerima hakikat untuk bersama-sama menghadapi PRU-15.

“Politik ini kena tolak ansur banyak. Kalau kita pertahan hak saya, orang itu berkata hak dia, jadi akhirnya tidak akan dapat kata sepakat dalam konteks politik negara kita,” katanya menurut Harakahdaily. #sumber



Demikianlah Artikel Hilang Peluang Untuk "Jadi Calon" Bertanding PRU-15 Antara Punca UMNO Tolak BERSATU !

Sekianlah artikel Hilang Peluang Untuk "Jadi Calon" Bertanding PRU-15 Antara Punca UMNO Tolak BERSATU ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hilang Peluang Untuk "Jadi Calon" Bertanding PRU-15 Antara Punca UMNO Tolak BERSATU ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/hilang-peluang-untuk-jadi-calon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hilang Peluang Untuk "Jadi Calon" Bertanding PRU-15 Antara Punca UMNO Tolak BERSATU !"

Catat Ulasan

Loading...