Loading...

Lelaki Bergelar 'Datuk Seri' Antara 25 Di Tahan Polis, Gara-Gara Berparti Liar Di Janda Baik !

Loading...
Lelaki Bergelar 'Datuk Seri' Antara 25 Di Tahan Polis, Gara-Gara Berparti Liar Di Janda Baik ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Bergelar 'Datuk Seri' Antara 25 Di Tahan Polis, Gara-Gara Berparti Liar Di Janda Baik !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Bergelar 'Datuk Seri' Antara 25 Di Tahan Polis, Gara-Gara Berparti Liar Di Janda Baik !
link : Lelaki Bergelar 'Datuk Seri' Antara 25 Di Tahan Polis, Gara-Gara Berparti Liar Di Janda Baik !

Baca juga


Lelaki Bergelar 'Datuk Seri' Antara 25 Di Tahan Polis, Gara-Gara Berparti Liar Di Janda Baik !

BENTONG - Polis menahan 25 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang sedang leka berhibur dalam satu parti liar di sebuah banglo di Janda Baik, Bukit Tinggi, Bentong dekat sini, awal pagi tadi.

Serbuan jam 1 pagi oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong susulan maklumat yang diterima daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata hasil pemeriksaan didapati peserta parti liar turut menggunakan dadah untuk berhibur.

"Kita menemui dan merampas dadah jenis ketamin seberat 2.18 gram serta 1.43 gram pil ekstasi dianggarkan bernilai RM800.

"Semua suspek yang ditahan terdiri daripada 15 lelaki dan 10 wanita dengan lapan daripadanya adalah warga asing, berusia antara 18 hingga 64 tahun.

"Salah seorang daripadanya adalah seorang lelaki bergelar Datuk Seri berusia 46 tahun dan buat masa ini, kita sedang mengenal pasti siapa penganjur parti berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, siasatan mendapati banglo berkenaan disewa khas untuk penganjuran parti liar berkenaan dengan harga RM15,000.

"Hasil ujian saringan awal air kencing, keputusan menunjukkan semua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Semua suspek kini direman empat hari bermula hari ini hingga 14 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama," katanya.

Tambah Zaiham, polis tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan tidak bermoral sebegini dan mengucapkan terima kasih khususnya kepada penduduk sekitar yang membantu menyalurkan maklumat. #sumber



Demikianlah Artikel Lelaki Bergelar 'Datuk Seri' Antara 25 Di Tahan Polis, Gara-Gara Berparti Liar Di Janda Baik !

Sekianlah artikel Lelaki Bergelar 'Datuk Seri' Antara 25 Di Tahan Polis, Gara-Gara Berparti Liar Di Janda Baik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Bergelar 'Datuk Seri' Antara 25 Di Tahan Polis, Gara-Gara Berparti Liar Di Janda Baik ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/lelaki-bergelar-datuk-seri-antara-25-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lelaki Bergelar 'Datuk Seri' Antara 25 Di Tahan Polis, Gara-Gara Berparti Liar Di Janda Baik !"

Catat Ulasan

Loading...