Judul : Mayat Remaja Perempuan Orang Asli Di Temui Berhampiran Rumahnya, Dipercayai Di Bunuh !
link : Mayat Remaja Perempuan Orang Asli Di Temui Berhampiran Rumahnya, Dipercayai Di Bunuh !
Mayat Remaja Perempuan Orang Asli Di Temui Berhampiran Rumahnya, Dipercayai Di Bunuh !
KUANTAN - Mayat seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun yang dipercayai mangsa bunuh ditemui di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Rompin, Mohd Azahari Mukhtar berkata, mangsa yang difahamkan tidak bersekolah ditemui sepupunya dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala, sebelum laporan polis dibuat pada 2.45 petang hari sama.
“Mangsa difahamkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada malam sebelumnya, menyebabkan bapa mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum mayatnya ditemui,” katanya dalam kenyataan.
Susulan penemuan mayat itu, Azahari berkata, tiga lelaki Orang Asli ditahan pada 9.40 malam tadi (22 Ogos) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, kesemua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Rompin hari ini bagi mendapatkan perintah reman.
Sementara itu, mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini akan dibedah siasat hari ini bagi mengetahui punca kematian.
Azahari meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi polis 09-4145999 atau Pegawai Penyiasat Abdul Khaliq Mustopa 019-9999769. #sumber
Demikianlah Artikel Mayat Remaja Perempuan Orang Asli Di Temui Berhampiran Rumahnya, Dipercayai Di Bunuh !
Anda sekarang membaca artikel Mayat Remaja Perempuan Orang Asli Di Temui Berhampiran Rumahnya, Dipercayai Di Bunuh ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/mayat-remaja-perempuan-orang-asli-di.html
0 Response to "Mayat Remaja Perempuan Orang Asli Di Temui Berhampiran Rumahnya, Dipercayai Di Bunuh !"
Catat Ulasan