Loading...

PAS Ada Potensi Untuk Menawan Pahang Pada 'Pilihan Raya Umum Ke-15' Ini - Fadhli Shaari !

Loading...
PAS Ada Potensi Untuk Menawan Pahang Pada 'Pilihan Raya Umum Ke-15' Ini - Fadhli Shaari ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Ada Potensi Untuk Menawan Pahang Pada 'Pilihan Raya Umum Ke-15' Ini - Fadhli Shaari !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Ada Potensi Untuk Menawan Pahang Pada 'Pilihan Raya Umum Ke-15' Ini - Fadhli Shaari !
link : PAS Ada Potensi Untuk Menawan Pahang Pada 'Pilihan Raya Umum Ke-15' Ini - Fadhli Shaari !

Baca juga


PAS Ada Potensi Untuk Menawan Pahang Pada 'Pilihan Raya Umum Ke-15' Ini - Fadhli Shaari !

 


SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari melahirkan keyakinannya terhadap potensi dimiliki parti itu untuk menawan negeri Pahang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dengan mengambil senario perkembangan sokongan pada PRU14, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, perkara itu dapat dicapai sekiranya usaha dilakukan dengan menggunakan kaedah yang betul.

“Hari ini Pas menang lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 42 kerusi DUN Pahang dalam PRU 2018. Barisan Nasional (BN) 25 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) 9 kerusi.

“Dalam PRU yang akan datang jika penyokong-penyokong PH dapat berfikir sejenak betapa pentingnya merubah kepimpinan negeri Pahang, Insya-ALLAH Pas ada peluang untuk menang atau setidak-tidaknya menjadi pemegang syer paling besar dalam pembentukan kerajaan Pahang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Beliau turut berkongsikan beberapa kerusi DUN yang menunjukkan kemungkinan corak sokongan terhadap Pas dalam melawan UMNO antaranya DUN Pulau Tawar dan DUN Tioman.

Mengambil contoh DUN Pulau Tawar, Ahmad Fadhli berkata, keputusan menyaksikan calon Pas hanya kalah dengan majoriti 587 undi di tangan UMNO pada PRU lepas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berada di kedudukan tercorot mendapat 1,973 undi.

“Pengundi-pengundi PKR dan PH di kerusi ini perlu berfikir sejenak betapa ruginya undi dibazirkan begitu sahaja dengan memberikan kemenangan kepada UMNO/BN.

“Jika beramai-ramai pengundi mereka memberikan undi kepada Pas, Pas boleh memenangi DUN Pulau Tawar,” ujarnya. #sumber



Demikianlah Artikel PAS Ada Potensi Untuk Menawan Pahang Pada 'Pilihan Raya Umum Ke-15' Ini - Fadhli Shaari !

Sekianlah artikel PAS Ada Potensi Untuk Menawan Pahang Pada 'Pilihan Raya Umum Ke-15' Ini - Fadhli Shaari ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Ada Potensi Untuk Menawan Pahang Pada 'Pilihan Raya Umum Ke-15' Ini - Fadhli Shaari ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/pas-ada-potensi-untuk-menawan-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Ada Potensi Untuk Menawan Pahang Pada 'Pilihan Raya Umum Ke-15' Ini - Fadhli Shaari !"

Catat Ulasan

Loading...