Loading...

Pesawat Ringan Terhempas Dekat Ipoh Babit Dua 'Jurulatih Penerbangan', Seorang Maut !

Loading...
Pesawat Ringan Terhempas Dekat Ipoh Babit Dua 'Jurulatih Penerbangan', Seorang Maut ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesawat Ringan Terhempas Dekat Ipoh Babit Dua 'Jurulatih Penerbangan', Seorang Maut !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesawat Ringan Terhempas Dekat Ipoh Babit Dua 'Jurulatih Penerbangan', Seorang Maut !
link : Pesawat Ringan Terhempas Dekat Ipoh Babit Dua 'Jurulatih Penerbangan', Seorang Maut !

Baca juga


Pesawat Ringan Terhempas Dekat Ipoh Babit Dua 'Jurulatih Penerbangan', Seorang Maut !

IPOH - Seorang maut, manakala seorang lagi cedera dalam insiden pesawat ringan terhempas membabitkan dua jurulatih penerbangan, di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, dekat Medan Gopeng, di sini, malam tadi.

Mangsa, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur, mengalami kecederaan.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8.10 malam tadi, pesawat itu dilaporkan terhempas dalam kawasan rumah pam Sungai Rokam milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang terletak bersebelahan sebuah kediaman penduduk.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata kedua-duanya adalah jurulatih penerbangan di sebuah sekolah penerbangan berdekatan lokasi kejadian.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan pesawat jenis Piper PA 28 bernombor pendaftaran 9M-BAA itu telah berlepas dari sekolah penerbangan terbabit lebih awal lagi.

"Kita percaya mereka melakukan penerbangan lebih awal lagi sebelum kejadian, namun belum dapat dipastikan sama ada mereka sedang menjalani latihan dan sebagainya.

"Keadaan cuaca ketika polis sampai di tempat kejadian, adalah baik. Justeru, punca insiden masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di lokasi.

Beliau berkata, dua mangsa berkenaan yang tersepit berjaya dikeluarkan dari bangkai pesawat dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira jam 9.20 malam.

Beliau berkata, pihaknya sudah meminta pihak syarikat yang mengendalikan penerbangan dua mangsa itu supaya menghubungi waris mereka.

Katanya, siasatan mengenai punca sebenar kejadian diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang difaham akan memulakan siasatan pada malam ini juga. #sumber



Demikianlah Artikel Pesawat Ringan Terhempas Dekat Ipoh Babit Dua 'Jurulatih Penerbangan', Seorang Maut !

Sekianlah artikel Pesawat Ringan Terhempas Dekat Ipoh Babit Dua 'Jurulatih Penerbangan', Seorang Maut ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesawat Ringan Terhempas Dekat Ipoh Babit Dua 'Jurulatih Penerbangan', Seorang Maut ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/pesawat-ringan-terhempas-dekat-ipoh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pesawat Ringan Terhempas Dekat Ipoh Babit Dua 'Jurulatih Penerbangan', Seorang Maut !"

Catat Ulasan

Loading...