Loading...

RUU Anti Lompat Parti Sudah Lulus, Tak Perlu Lagi Buat Gabungan Politik Baru Yang Rapuh !

Loading...
RUU Anti Lompat Parti Sudah Lulus, Tak Perlu Lagi Buat Gabungan Politik Baru Yang Rapuh ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RUU Anti Lompat Parti Sudah Lulus, Tak Perlu Lagi Buat Gabungan Politik Baru Yang Rapuh !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RUU Anti Lompat Parti Sudah Lulus, Tak Perlu Lagi Buat Gabungan Politik Baru Yang Rapuh !
link : RUU Anti Lompat Parti Sudah Lulus, Tak Perlu Lagi Buat Gabungan Politik Baru Yang Rapuh !

Baca juga


RUU Anti Lompat Parti Sudah Lulus, Tak Perlu Lagi Buat Gabungan Politik Baru Yang Rapuh !

KUANTAN -Gabungan parti politik baru yang 'rapuh' tidak lagi diperlukan selepas Rang Undang-Undang (RUU) mengenai anti lompat parti diluluskan di peringkat Dewan Rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata sebarang usaha mewujudkan pakatan atau gabungan membabitkan sekumpulan parti tertentu adalah tidak relevan memandangkan pilihan raya umum (PRU) semakin hampir.

"Kalau nak buat gabungan atau kerjasama, tunggu lepas PRU ke-15, selepas mandat diberikan kepada rakyat.

"Terserahlah kepada parti dominan dan yang menjadi pilihan rakyat untuk menentukan gabungan (yang mereka mahu)," katanya .

Tambah exco Pahang itu lagi, dalam PRU ke-15 ini semua gabungan politik boleh bertanding menggunakan parti masing-masing jika itu dirasakan perlu.

Mohd Sharkar yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh berkata, dengan lulusnya RUU antilompat parti itu juga, setiap parti tidak lagi perlu bimbang dengan kecurangan wakil rakyat mereka akan berulang seperti beberapa tahun lalu.

Katanya, selepas ini, tidak akan berlaku lagi tawar menawar hingga menyebabkan Ahli Parlimen (MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berpaling tadah dengan meninggalkan parti asal untuk menyertai 'kapal' lain.

"Pengalaman pertukaran perdana menteri sebanyak tiga kali selepas PRU ke-14 menunjukkan betapa serius isu lompat parti ini.

"Kita harap RUU ini mengembalikan keyakinan pengundi dan inilah masanya untuk setiap parti menguji kekuatan dan pengaruh masing-masing.

"Selepas itu (pilihan raya umum), barulah kita fikir tentang gabungan dan kerjasama untuk membentuk kerajaan yang stabil," katanya lagi.

Mohd Sharkar juga menegaskan gabungan yang 'rapuh' tidak akan menjamin kestabilan politik dan episod seperti yang berlaku selepas PRU lalu boleh berulang.

"Adalah lebih baik gabungan politik dibentuk selepas pilihan raya umum setelah rakyat membuat keputusan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel RUU Anti Lompat Parti Sudah Lulus, Tak Perlu Lagi Buat Gabungan Politik Baru Yang Rapuh !

Sekianlah artikel RUU Anti Lompat Parti Sudah Lulus, Tak Perlu Lagi Buat Gabungan Politik Baru Yang Rapuh ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RUU Anti Lompat Parti Sudah Lulus, Tak Perlu Lagi Buat Gabungan Politik Baru Yang Rapuh ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/ruu-anti-lompat-parti-sudah-lulus-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "RUU Anti Lompat Parti Sudah Lulus, Tak Perlu Lagi Buat Gabungan Politik Baru Yang Rapuh !"

Catat Ulasan

Loading...