Judul : Sri Pahang FC Menang Dua Perlawanan, Dollah Anggap Samassa Keeper Terbaik Liga Malaysia
link : Sri Pahang FC Menang Dua Perlawanan, Dollah Anggap Samassa Keeper Terbaik Liga Malaysia
Sri Pahang FC Menang Dua Perlawanan, Dollah Anggap Samassa Keeper Terbaik Liga Malaysia
KUANTAN - Prestasi cemerlang penjaga gol Sri Pahang FC, Mamadou Samassa ketika membantu skuad itu beroleh dua kemenangan berturut-turut mendapat pujian Datuk Dollah Salleh.
Pengendali skuad Tok Gajah itu berkata, pemain berusia 32 tahun itu sudah berada pada prestasi terbaik.
Bagi saya, Samassa adalah penjaga gol yang terbaik dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.
Tetapi disebabkan gol mudah dan bukan-bukan menyebabkan dia hilang keyakinan hingga menyaksikan prestasinya merosot.
Namun, Samassa sudah dapat semula keyakinan selepas menang 2-0 ke atas Selangor FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC (2-0).
“Dia juga gembira dengan prestasi dan diharapkan prestasi cemerlang itu diteruskan pada perlawanan akan datang,” katanya.
Dollah berkata, ketangkasan Samassa mengawal benteng terakhir itu turut membantu memperkasakan jentera pertahanan skuad itu.
Katanya, pemain pertahanan turut beraksi dengan baik selepas Samassa mempamerkan persembahan meyakinkan.
Dengan prestasi terbaik Sri Pahang selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut, saya mahu semua pemain dapat mengekalkan rentak cemerlang ini.
“Sri Pahang perlu kekal dengan prestasi cemerlang ini untuk terus mendaki kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Sri Pahang FC Menang Dua Perlawanan, Dollah Anggap Samassa Keeper Terbaik Liga Malaysia
Anda sekarang membaca artikel Sri Pahang FC Menang Dua Perlawanan, Dollah Anggap Samassa Keeper Terbaik Liga Malaysia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/sri-pahang-fc-menang-dua-perlawanan.html
0 Response to "Sri Pahang FC Menang Dua Perlawanan, Dollah Anggap Samassa Keeper Terbaik Liga Malaysia"
Catat Ulasan