Judul : Tun M Dakwa Jikalau Buat Pilihan Raya Umum Awal, UMNO BN Akan 'Menang' Dan Berkuasa !
link : Tun M Dakwa Jikalau Buat Pilihan Raya Umum Awal, UMNO BN Akan 'Menang' Dan Berkuasa !
Tun M Dakwa Jikalau Buat Pilihan Raya Umum Awal, UMNO BN Akan 'Menang' Dan Berkuasa !
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pendirian UMNO yang mahukan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan lebih awal kerana yakin rakyat masih memandang tinggi terhadap parti itu.
Menerusi temu bual dengan The Associated Press yang disiarkan Astro Awani, Ahli Parlimen Langkawi itu, berkata ketika ini pembangkang sudah berpecah-belah, sekali gus memberi ruang kepada UMNO untuk menang besar.
“Saya fikir mereka (UMNO) mahu mengadakan PRU tahun ini. Kalau boleh mungkin seawal dua tiga bulan dari sekarang kerana mereka merasakan ketika ini rakyat masih memandang tinggi terhadap mereka.
“Malah, pembangkang pula sudah berpecah belah,” katanya.
Jelas beliau lagi, UMNO berkemungkinan akan menang besar jika PRU-15 diadakan secara tergesa-gesa.
“Jadi dari sudut kerajaan, pilihan raya awal adalah satu perkara yang baik kerana kerajaan sudah bersedia dan pembangkang pula tidak bersedia,” katanya.
Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO termasuk presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mendesak PRU-15 diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.
Zahid dipetik sebagai berkata, gesaan itu dibuat setelah melihat kedudukan kerajaan yang amat rapuh dan negara berada dalam keadaan kerugian apabila tiada Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang masuk ke negara ini.
Bagaimanapun, ada juga kalangan pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut dan berpendapat kerajaan sedia ada perlu kekal hingga habis penggal PRU-14, iaitu pada pertengahan tahun depan.
Antaranya, Ahli Parlimen UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz yang tidak bersetuju jika PRU diadakan awal kerana boleh menimbulkan kucar-kacir. #sumber
Demikianlah Artikel Tun M Dakwa Jikalau Buat Pilihan Raya Umum Awal, UMNO BN Akan 'Menang' Dan Berkuasa !
Anda sekarang membaca artikel Tun M Dakwa Jikalau Buat Pilihan Raya Umum Awal, UMNO BN Akan 'Menang' Dan Berkuasa ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/tun-m-dakwa-jikalau-buat-pilihan-raya.html

0 Response to "Tun M Dakwa Jikalau Buat Pilihan Raya Umum Awal, UMNO BN Akan 'Menang' Dan Berkuasa !"
Catat Ulasan