Loading...

ADUN Pakatan Harapan (PH) Di Pahang 'Tidak Terima' Peruntukan Sejak 2018 !

Loading...
ADUN Pakatan Harapan (PH) Di Pahang 'Tidak Terima' Peruntukan Sejak 2018 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN Pakatan Harapan (PH) Di Pahang 'Tidak Terima' Peruntukan Sejak 2018 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN Pakatan Harapan (PH) Di Pahang 'Tidak Terima' Peruntukan Sejak 2018 !
link : ADUN Pakatan Harapan (PH) Di Pahang 'Tidak Terima' Peruntukan Sejak 2018 !

Baca juga


ADUN Pakatan Harapan (PH) Di Pahang 'Tidak Terima' Peruntukan Sejak 2018 !

 

KUANTAN - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Lee Chin Chen memberitahu situasi yang dihadapi lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS tidak menerima peruntukan daripada kerajaan negeri sama seperti ADUN Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.

Beliau yang juga ADUN Bilut berkata, semua perbelanjaan di kawasan dan perbelanjaan pejabat adalah melalui sumbangan orang ramai.

"Kami langsung tidak menerima satu sen peruntukan daripada kerajaan negeri Pahang sejak 2018 lalu.

"Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa untuk membendung penyebaran wabak Covid-19, kebanyakan kami bergerak melalui dana yang disumbangkan daripada orang ramai untuk membantu penduduk di kawasan kami yang terputus bekalan makanan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Selasa, Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar mengesahkan kesemua lapan ADUN daripada parti itu sudah tidak menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri sejak awal tahun ini.

Bersimpati dengan situasi yang dihadapi ADUN PAS tersebut, Chin Chen memberitahu sudah tiba masa PAS juga belajar mandiri dalam mencari dana dan menguruskan perbelanjaan di kawasan DUN masing-masing.

"Adakah ADUN-ADUN PAS ini hanya menjaga kebajikan rakyat Melayu Islam di tempat mereka dan membiarkan kaum dan agama lain?" soal Chin Chen lagi.

Ujar Chin Chen, perkara menjual agama dan sentimen kaum demi mendapat undi serta simpati daripada rakyat perlu dihentikan kerana agama dan perkauman bukan komoditi yang boleh dijual beli.

"Adalah sesuatu yang menjijikkan apabila sesebuah parti atau individu menggunakan agama dan sentimen kaum untuk mendapat kuasa dan pengaruh.

"Saya mendoakan ADUN PAS di negeri Pahang mendapat hidayah dan kebaikan di sebalik musibah yang menimpa mereka pada waktu ini," kata beliau.

Sebelum ini, Tarmizi mendedahkan peruntukan RM20,000 yang mula disalurkan kepada mereka sejak kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran Putrajaya pada Mac 2020, ditamatkan tanpa sebarang notis mulai awal tahun ini.

"Yang jadi ADUN PAS di Pahang semua Melayu Islam. Kalau peruntukan disekat, mereka sekat peruntukan untuk umat Melayu Islam sebenarnya,” kata Tarmizi.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar kenyataan ADUN Panching, Tarmizi Yahaya yang menyifatkan sekatan peruntukan tersebut seperti menyekat peruntukan untuk umat Melayu Islam.

"Adakah di kawasan ADUN-ADUN PAS ini tidak mempunyai rakyat dari kaum dan agama yang lain. #sumber



Demikianlah Artikel ADUN Pakatan Harapan (PH) Di Pahang 'Tidak Terima' Peruntukan Sejak 2018 !

Sekianlah artikel ADUN Pakatan Harapan (PH) Di Pahang 'Tidak Terima' Peruntukan Sejak 2018 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADUN Pakatan Harapan (PH) Di Pahang 'Tidak Terima' Peruntukan Sejak 2018 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/09/adun-pakatan-harapan-ph-di-pahang-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ADUN Pakatan Harapan (PH) Di Pahang 'Tidak Terima' Peruntukan Sejak 2018 !"

Catat Ulasan

Loading...