Loading...

Juruterbang Helikopter Yang Terhempas Dekat Bidor, Di Sahkan Meninggal Dunia

Loading...
Juruterbang Helikopter Yang Terhempas Dekat Bidor, Di Sahkan Meninggal Dunia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Juruterbang Helikopter Yang Terhempas Dekat Bidor, Di Sahkan Meninggal Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Juruterbang Helikopter Yang Terhempas Dekat Bidor, Di Sahkan Meninggal Dunia
link : Juruterbang Helikopter Yang Terhempas Dekat Bidor, Di Sahkan Meninggal Dunia

Baca juga


Juruterbang Helikopter Yang Terhempas Dekat Bidor, Di Sahkan Meninggal Dunia

 

TAPAH - Juruterbang yang dilaporkan hilang selepas helikopter jenis Eurocopter EC120B kendaliannya terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada Ahad disahkan maut.

Mayat Tsz Kin Richard Chan, 58, warganegara Hong Kong berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat dari kawasan Hutan Simpan Chikus di sini sekitar jam 10.12 pagi selepas 22 jam helikopter berkenaan dilaporkan hilang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ditemukan dalam kokpit helikopter terbabit.

"Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menemui bangkai helikopter terhempas di hutan berkenaan.

"Operasi membawa keluar mangsa dilaksanakan sebelum diterbangkan ke padang sebuah sekolah di Ipoh dan seterusnya di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berhampiran," katanya kepada pemberita di Balai Polis Bidor di sini pada Isnin.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik untuk dibedah siasat.

"Keadaan cuaca yang baik memudahkan pasukan melakukan usaha menyelamat yang melibatkan 10 pegawai dan 197 anggota dari pelbagai agensi.

"Lokasi nahas akan dikawal sementara bangkai helikopter akan diserahkan kepada CAAM untuk siasatan lanjut," katanya.

Tambah beliau, pihak syarikat akan memaklumkan kejadian ini kepada keluarga mangsa. #sumber



Demikianlah Artikel Juruterbang Helikopter Yang Terhempas Dekat Bidor, Di Sahkan Meninggal Dunia

Sekianlah artikel Juruterbang Helikopter Yang Terhempas Dekat Bidor, Di Sahkan Meninggal Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Juruterbang Helikopter Yang Terhempas Dekat Bidor, Di Sahkan Meninggal Dunia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/09/juruterbang-helikopter-yang-terhempas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Juruterbang Helikopter Yang Terhempas Dekat Bidor, Di Sahkan Meninggal Dunia"

Catat Ulasan

Loading...