Loading...

Paip Pecah Di Kawasan MGCC Di Kenal Pasti Jadi Punca Gangguan Bekalan Air

Loading...
Paip Pecah Di Kawasan MGCC Di Kenal Pasti Jadi Punca Gangguan Bekalan Air - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Paip Pecah Di Kawasan MGCC Di Kenal Pasti Jadi Punca Gangguan Bekalan Air, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Paip Pecah Di Kawasan MGCC Di Kenal Pasti Jadi Punca Gangguan Bekalan Air
link : Paip Pecah Di Kawasan MGCC Di Kenal Pasti Jadi Punca Gangguan Bekalan Air

Baca juga


Paip Pecah Di Kawasan MGCC Di Kenal Pasti Jadi Punca Gangguan Bekalan Air

 

KUANTAN - Paip pecah yang berlaku di kawasan Mahkota Golf and Country Club (MGCC) di sini, dikenal pasti punca menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, kerja membaiki paip akan dilakukan dalam tempoh segera.

Menurutnya, ia kerana pihaknya berdepan cabaran untuk pembaikan paip itu kerana kemungkinan berlaku faktor luar jangka.

"Paip yang berukuran 1,500 milimeter (mm) itu berada dalam kedalaman antara lapan hingga 11 meter.

"Disebabkan berlaku runtuhan tebing, kita memasang cerucuk kepingan besi di kawasan berlaku paip pecah itu yang memakan masa sehingga 16 jam.

"Kita akan berusaha untuk kerja penyelenggaraan dapat diselesaikan segera," katanya pada sidang media selepas meninjau tapak bagi penyelenggaraan air mentah di MGCC, di sini, hari ini.

Bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air sebaik kerja pembaikan dilaksanakan, Saiful Zaini berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan daripada syarikat operator air dari negeri lain.

Katanya, kira-kira 100 lori tangki diperlukan untuk membantu membekalkan bekalan air kepada penduduk yang terjejas.

"Pada masa sama, kita juga akan menyediakan tangki statik di kawasan yang terjejas.

"Namun, Paip akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan penduduk mendapat bekalan air secepat mungkin," katanya.

Berlaku gangguan bekalan air yang difahamkan membabitkan kira-kira 35,000 pemilik akaun sejak Selasa lalu.

Gangguan bekalan disebabkan paip yang dipasang pada 1980-an itu pecah. #sumber



Demikianlah Artikel Paip Pecah Di Kawasan MGCC Di Kenal Pasti Jadi Punca Gangguan Bekalan Air

Sekianlah artikel Paip Pecah Di Kawasan MGCC Di Kenal Pasti Jadi Punca Gangguan Bekalan Air kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Paip Pecah Di Kawasan MGCC Di Kenal Pasti Jadi Punca Gangguan Bekalan Air dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/09/paip-pecah-di-kawasan-mgcc-di-kenal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Paip Pecah Di Kawasan MGCC Di Kenal Pasti Jadi Punca Gangguan Bekalan Air"

Catat Ulasan

Loading...