Loading...

Pendakwaan Failkan 'Rayuan' Keputusan Mahkamah Tinggi Membebaskan Zahid !

Loading...
Pendakwaan Failkan 'Rayuan' Keputusan Mahkamah Tinggi Membebaskan Zahid ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendakwaan Failkan 'Rayuan' Keputusan Mahkamah Tinggi Membebaskan Zahid !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendakwaan Failkan 'Rayuan' Keputusan Mahkamah Tinggi Membebaskan Zahid !
link : Pendakwaan Failkan 'Rayuan' Keputusan Mahkamah Tinggi Membebaskan Zahid !

Baca juga


Pendakwaan Failkan 'Rayuan' Keputusan Mahkamah Tinggi Membebaskan Zahid !

 

SHAH ALAM - Pendakwaan hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan menerima rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, ketika dihubungi melalui WhatsApp, mengesahkan perkara itu.

"Ya, pendakwaan sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Ahmad Zahid petang ini," katanya.

Pada 23 September lalu, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membebaskan Ahmad Zahid, 69, yang juga Presiden UMNO, selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata tiga saksi utama pendakwaan tidak boleh dipercayai.

Beliau juga berkata, mereka memberi keterangan bahawa wang dimasukkan ke dalam sampul berwarna coklat pada setiap kali penghantaran, namun pendakwaan tidak mengemukakan sebarang sampul sebagai bukti.

"Tiada bukti dikemukakan untuk menunjukkan saiz sampul yang digunakan. Saya tidak boleh bayangkan sampul surat apa dan saiznya yang boleh memuatkan wang tunai sebanyak SG$600,000 bersamaan kira-kira RM1.6 juta pada masa yang material," katanya.

Ahmad Zahid didakwa atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontraknya dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.

Bagi tujuh pertuduhan lagi, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc and AS$15,000 daripada syarikat sama yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan semua kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya serta Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018. #sumber



Demikianlah Artikel Pendakwaan Failkan 'Rayuan' Keputusan Mahkamah Tinggi Membebaskan Zahid !

Sekianlah artikel Pendakwaan Failkan 'Rayuan' Keputusan Mahkamah Tinggi Membebaskan Zahid ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendakwaan Failkan 'Rayuan' Keputusan Mahkamah Tinggi Membebaskan Zahid ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/09/pendakwaan-failkan-rayuan-keputusan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pendakwaan Failkan 'Rayuan' Keputusan Mahkamah Tinggi Membebaskan Zahid !"

Catat Ulasan

Loading...