Loading...

Polis Dakwa 'Tular' Insiden Kes Culik' Di Genting Highlands Hanyalah Salah Faham

Loading...
Polis Dakwa 'Tular' Insiden Kes Culik' Di Genting Highlands Hanyalah Salah Faham - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Dakwa 'Tular' Insiden Kes Culik' Di Genting Highlands Hanyalah Salah Faham, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Dakwa 'Tular' Insiden Kes Culik' Di Genting Highlands Hanyalah Salah Faham
link : Polis Dakwa 'Tular' Insiden Kes Culik' Di Genting Highlands Hanyalah Salah Faham

Baca juga


Polis Dakwa 'Tular' Insiden Kes Culik' Di Genting Highlands Hanyalah Salah Faham

BENTONG - Polis sehingga kini tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan berlaku cubaan culik oleh seorang wanita warga asing di Genting Highlands seperti yang ditularkan melalui media sosial.

Setakat ini kejadian yang tular itu dipercayai berpunca daripada salah faham antara individu yang merakam dan keluarga kanak-kanak yang dilaporkan anak mereka diculik.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak.

"Seperti yang dipaparkan dalam video berkenaan, di mana rakaman berlaku cubaan culik itu berakhir di pejabat Polis Bantuan (PB) di Genting Highlands dan pihak PB sudah membuat laporan polis berhubung video yang tular.

"Pihak PB sudah mendapatkan maklum balas daripada wanita warga asing terbabit dan mendapati kejadian ini adalah satu salah faham dan tiada berlaku sebarang cubaan jenayah," katanya.

Zaiham berkata, bagaimanapun, polis akan menjalankan siasatan dan akan menghubungi pemilik akuan Tik Tok @ALFITRY_AZMI52 bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian didakwa itu.

"Pemeriksaan awal oleh PB Genting Highlands mendapati wanita warga asing yang dikatakan ingin menculik kanak-kanak itu mempunyai dokumen perjalanan sah dan tiada sebarang unsur mencurigakan.

"Setakat ini kejadian dipercayai berlaku akibat wanita itu merindukan anaknya di negara asal," katanya.

Beliau berkata semua pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat serta memberikan kerjasama kepada polis dalam menjalankan siasatan.

Berdasarkan rekod, lokasi berkenaan banyak kamera litar tertutup (CCTV), kawalan PB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malah untuk membawa seseorang yang berkemungkinan diculik dari kawasan rekreasi pusat peranginan itu ke laluan bawah adalah amat sukar kerana akan melalui pemeriksaan jalan raya menuju ke Goh Tong Jaya. #sumber









Demikianlah Artikel Polis Dakwa 'Tular' Insiden Kes Culik' Di Genting Highlands Hanyalah Salah Faham

Sekianlah artikel Polis Dakwa 'Tular' Insiden Kes Culik' Di Genting Highlands Hanyalah Salah Faham kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Dakwa 'Tular' Insiden Kes Culik' Di Genting Highlands Hanyalah Salah Faham dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/09/polis-dakwa-tular-insiden-kes-culik-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Dakwa 'Tular' Insiden Kes Culik' Di Genting Highlands Hanyalah Salah Faham"

Catat Ulasan

Loading...