Loading...

Samakan 'Hukuman' Terhadap Najib Umpama Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela Keterlaluan !

Loading...
Samakan 'Hukuman' Terhadap Najib Umpama Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela Keterlaluan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Samakan 'Hukuman' Terhadap Najib Umpama Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela Keterlaluan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Samakan 'Hukuman' Terhadap Najib Umpama Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela Keterlaluan !
link : Samakan 'Hukuman' Terhadap Najib Umpama Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela Keterlaluan !

Baca juga


Samakan 'Hukuman' Terhadap Najib Umpama Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela Keterlaluan !


KUALA LUMPUR – Kenyataan Nizar Najib dalam ucapannya Ahad lalu yang melihat hukuman ke atas ayahnya memiliki persamaan dengan apa yang dilalui Nabi Yusuf agak keterlaluan dan ‘lucu’.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, walaupun sebagai anak wajar bersedih selepas bapanya dihukum, namun tindakan menagih simpati menggunakan sentimen agama amat tidak wajar.

“Sebagai seorang anak, adalah wajar bersedih dengan tuduhan bersalah dan hukuman penjara ke atas bapanya oleh mahkamah. Perasaan sedih, simpati ini adalah salah satu sifat manusiawi, fitrah yang Allah SWT.

“Tetapi tindakan menagih simpati menyamakan dugaan itu dengan Nabi Yusuf amat tidak wajar malah menimbulkan rasa meluat.

“Tidak hairanlah di akhir zaman ini agama sering diheret ke kancah politik murahan dan ditunggang untuk berkuasa dan mengaburi kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahad lalu, Nizar ketika majlis Solidariti Untuk Najib Razak di Pekan, Pahang berkata, hukuman yang dikenakan ke atas bapanya itu ada hikmah di sebaliknya.

Nizar juga memberi persamaan dugaan yang menimpa Najib hampir sama seperti yang berlaku kepada Nabi Yusuf dan tokoh anti-apartheid, Nelson Mandela.

Kira-kira dua minggu bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke dalam Penjara Kajang setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Tengku Zulpuri berkata, apa yang dilalui Najib merupakan proses undang-undang dan penghakiman daripada Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Malah mahkamah memberi peluang untuk beliau membuktikan dirinya jika tidak bersalah,” katanya.

Beliau juga bersetuju dengan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bahawa pengampunan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

“Sejarah membuktikan kejatuhan kerajaan yang unggul pada ketika itu berlaku akibat salah guna kuasa, rasuah, pengkhianatan dan pemerintahannya menjalankan hukuman yang tidak adil serta berpilih-pilih. #sumber



Demikianlah Artikel Samakan 'Hukuman' Terhadap Najib Umpama Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela Keterlaluan !

Sekianlah artikel Samakan 'Hukuman' Terhadap Najib Umpama Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela Keterlaluan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Samakan 'Hukuman' Terhadap Najib Umpama Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela Keterlaluan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/09/samakan-hukuman-terhadap-najib-umpama.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Samakan 'Hukuman' Terhadap Najib Umpama Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela Keterlaluan !"

Catat Ulasan

Loading...