Loading...

Zahid Dakwa 'Pembangkang' Takut Kalah Jikalau PRU15 Ketika Musim Tengkujuh !

Loading...
Zahid Dakwa 'Pembangkang' Takut Kalah Jikalau PRU15 Ketika Musim Tengkujuh ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid Dakwa 'Pembangkang' Takut Kalah Jikalau PRU15 Ketika Musim Tengkujuh !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid Dakwa 'Pembangkang' Takut Kalah Jikalau PRU15 Ketika Musim Tengkujuh !
link : Zahid Dakwa 'Pembangkang' Takut Kalah Jikalau PRU15 Ketika Musim Tengkujuh !

Baca juga


Zahid Dakwa 'Pembangkang' Takut Kalah Jikalau PRU15 Ketika Musim Tengkujuh !

 

KUALA LUMPUR -  Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk SeriAhmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang membantah pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan pada musim tengkujuh kerana takut akan kalah.

Ketika melancarkan jentera pilihan raya Pemuda BN Sabtu lalu, Zahid dilaporkan berkata, gabungan itu sanggup meredah banjir untuk berkempen, jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh. Kenyataan itu kemudian dikritik pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Zahid dalam catatan Facebook hari ini berkata, oleh itu pembangkang menghasut rakyat akan terdedah kepada banjir jika PRU15 diadakan tahun ini.

“Mereka lupa bekas PM terakhir mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah mengadakan PRU pada November 1999, tak pula jadi isu besar.

“Terbaharu, tahun lepas, PRN Sarawak diadakan pada 18 Dis 2021. Pembangkang pula tewas teruk.

“Ternyata pembangkang sebenarnya takut mereka kalah kerana kepercayaan terhadap PH hilang apabila Dr Mahathir Mohamad tak mahu serah jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain manifesto mereka gagal dilaksanakan.”

Oleh itu, katanya, pembangkang memerlukan masa untuk menghasut rakyat agar tidak mengundi BN, dengan jelajah PH masih “sekerat jalan” dan dijangka berakhir Februari depan.

“BN tidak akan memberikan hayat politik terhadap PH dan musuh BN untuk memberikan mereka kelebihan menyelesaikan jelajah memburukkan BN hingga ke tahun depan.”

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub mengkritik Zahid atas kenyataannya mengadakan PRU15 pada musim tengkujuh, dengan berkata Presiden UMNO itu tidak peka dengan masalah mangsa banjir.

Banjir yang melanda negara pada akhir tahun lalu meragut 55 nyawa, dengan lebih 500,000 orang hilang tempat tinggal. Kerugian akibat infrastruktur awam, rumah dan pertanian yang musnah mencecah lebih RM6 bilion.

Jabatan Meteorologi menjangkakan musim tengkujuh bermula November dan berterusan hingga Mac depan. #sumber



Demikianlah Artikel Zahid Dakwa 'Pembangkang' Takut Kalah Jikalau PRU15 Ketika Musim Tengkujuh !

Sekianlah artikel Zahid Dakwa 'Pembangkang' Takut Kalah Jikalau PRU15 Ketika Musim Tengkujuh ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid Dakwa 'Pembangkang' Takut Kalah Jikalau PRU15 Ketika Musim Tengkujuh ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/09/zahid-dakwa-pembangkang-takut-kalah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Zahid Dakwa 'Pembangkang' Takut Kalah Jikalau PRU15 Ketika Musim Tengkujuh !"

Catat Ulasan

Loading...