Loading...

JAS Bongkar Lokasi Pencemaran Bahan Kimia Dalam Ladang Sawit Di Temerloh

Loading...
JAS Bongkar Lokasi Pencemaran Bahan Kimia Dalam Ladang Sawit Di Temerloh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JAS Bongkar Lokasi Pencemaran Bahan Kimia Dalam Ladang Sawit Di Temerloh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JAS Bongkar Lokasi Pencemaran Bahan Kimia Dalam Ladang Sawit Di Temerloh
link : JAS Bongkar Lokasi Pencemaran Bahan Kimia Dalam Ladang Sawit Di Temerloh

Baca juga


JAS Bongkar Lokasi Pencemaran Bahan Kimia Dalam Ladang Sawit Di Temerloh

 

KUALA LUMPUR - Bau kuat dari sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Belenggu, Temerloh, membongkar aktiviti berkait dengan pencemaran di kawasan berkenaan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata aktiviti itu dapat dikesan hasil tindakan pantas Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Temerloh dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

"JAS Cawangan Temerloh telah menemui kesan pencemaran cecair disyaki bahan kimia dalam kawasan ladang sawit Kampung Belenggu.

"Beberapa orang yang disyaki terbabit telah ditahan bersama dengan kenderaan yang digunakan," katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pada hantaran sama, beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan terhadap JAS Cawangan Temerloh dan IPD Temerloh atas tindakan pantas dan kerjasama bagi membanteras kegiatan berkenaan.

Dalam perkembangan berasingan, Tuan Ibrahim berkata, usul bagi meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen bulan ini.

"Ramai yang minta supaya hukuman lebih berat dikenakan kepada penjenayah alam sekitar.

"Insya-Allah, usul untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dijangka akan dibentangkan pada bulan Oktober," katanya.

Jelasnya, ini antaranya bagi meningkatkan hukuman, denda dan kompaun kepada penjenayah alam sekitar. #sumber



Demikianlah Artikel JAS Bongkar Lokasi Pencemaran Bahan Kimia Dalam Ladang Sawit Di Temerloh

Sekianlah artikel JAS Bongkar Lokasi Pencemaran Bahan Kimia Dalam Ladang Sawit Di Temerloh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JAS Bongkar Lokasi Pencemaran Bahan Kimia Dalam Ladang Sawit Di Temerloh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/jas-bongkar-lokasi-pencemaran-bahan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JAS Bongkar Lokasi Pencemaran Bahan Kimia Dalam Ladang Sawit Di Temerloh"

Catat Ulasan

Loading...