Loading...

Kenyataan Di Putar Belit, Tengku Zulpuri Nafi Beliau Hina Kerabat DiRaja Pahang !

Loading...
Kenyataan Di Putar Belit, Tengku Zulpuri Nafi Beliau Hina Kerabat DiRaja Pahang ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenyataan Di Putar Belit, Tengku Zulpuri Nafi Beliau Hina Kerabat DiRaja Pahang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenyataan Di Putar Belit, Tengku Zulpuri Nafi Beliau Hina Kerabat DiRaja Pahang !
link : Kenyataan Di Putar Belit, Tengku Zulpuri Nafi Beliau Hina Kerabat DiRaja Pahang !

Baca juga


Kenyataan Di Putar Belit, Tengku Zulpuri Nafi Beliau Hina Kerabat DiRaja Pahang !

 

KUALA LUMPUR - Calon DAP untuk kerusi parlimen Lipis, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menafikan dia menghina kerabat diraja Pahang ketika berucap pada minggu lalu.

Dia mendakwa terdapat pihak dalam UMNO yang telah memutarbelitkan kenyataannya.

"Kamu boleh tengok balik ucapan saya. Saya tak ada cakap (hina) istana apa ke, ucapan saya straight forward saja - saya cuma sebut Orang Besar Berempat.

"Saya cuma beritahu bahawa institusi tersebut ada yang orang besar buat salah, contohnya, jadi malulah, saya pun orang Pahang.

"Saya tidak rasa ada hina apapun, saya rasa ini spin-lah, pasal agama istana, sebab pilihan raya umum," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak merupakan salah seorang daripada sekumpulan empat pembesar bangsawan Pahang yang digelar Orang Besar Berempat.

Najib secara khusus bergelar Orang Kaya Indera Shahbandar.

Bekas ahli Parlimen Pekan itu kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas kes rasuah RM42 juta SRC International

Kenyataan rujuk Najib

Khamis lalu, semasa majlis ceramah Pakatan Harapan di Mentakab, Zulpuri mendakwa terdapat pencuri di kalangan ahli istana Pahang dan orang Melayu di negeri itu patut malu dengan perkara ini.

"Sepatutnya kamu malu, saya malu sebab penyangak, pencuri besar adalah orang Pahang.

"Orang Besar Berempat Pahang adalah penyamun, orang istana.

"Agong adalah orang Pahang, penyamun juga orang Pahang, berasal daripada istana, Orang Besar Berempat," katanya.

Dia juga kelihatan mengaitkan "Tengku" Pahang, tetapi tidak jelas siapa Tengku yang dimaksudkannya itu.

Tengku biasa digunakan sebagai nama dan gelaran Melayu turun temurun di kalangan mereka yang berketurunan kerabat raja.

Akta hasutan

Bagaimanapun, seperti yang dijelaskan Tengku Zulpuri hari ini, Orang Besar Berempat yang disebutnya merujuk kepada Najib.

Kenyataan Zulpuri telah mendorong laporan polis dibuat terhadapnya, termasuk oleh NGO Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang.

NGO itu dilaporkan berkata kenyataan Zulpuri itu antara lain memberi gambaran bahawa keempat-empat Orang Besar Berempat adalah pencuri.

Untuk rekod, Akta Hasutan 1948 menyatakan bahawa menimbulkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja boleh dianggap sebagai "kecenderungan menghasut" yang boleh dihukum penjara sekurang-kurangnya tiga tahun.

Walaupun undang-undang secara khusus menyebut "raja", Akta itu telah digunakan terhadap mereka yang bersuara terhadap kerabat diraja juga..

Tambahan pula, elemen Akta Hasutan yang banyak dikritik ialah niat tertuduh adalah tidak relevan dengan pertuduhan.

Awal pagi ini, Zulpuri diumumkan sebagai calon DAP bagi kerusi parlimen Lipis pada pilihan raya umum ke-15 akan datang. Dia juga dijangka bertanding di kerusi DUN. #sumber



Demikianlah Artikel Kenyataan Di Putar Belit, Tengku Zulpuri Nafi Beliau Hina Kerabat DiRaja Pahang !

Sekianlah artikel Kenyataan Di Putar Belit, Tengku Zulpuri Nafi Beliau Hina Kerabat DiRaja Pahang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenyataan Di Putar Belit, Tengku Zulpuri Nafi Beliau Hina Kerabat DiRaja Pahang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/kenyataan-di-putar-belit-tengku-zulpuri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kenyataan Di Putar Belit, Tengku Zulpuri Nafi Beliau Hina Kerabat DiRaja Pahang !"

Catat Ulasan

Loading...