Loading...

Ketua UMNO Alor Setar 'Sahkan' Beliau Dan Tajuddin Di Gantung Keahlian Parti

Loading...
Ketua UMNO Alor Setar 'Sahkan' Beliau Dan Tajuddin Di Gantung Keahlian Parti - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua UMNO Alor Setar 'Sahkan' Beliau Dan Tajuddin Di Gantung Keahlian Parti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua UMNO Alor Setar 'Sahkan' Beliau Dan Tajuddin Di Gantung Keahlian Parti
link : Ketua UMNO Alor Setar 'Sahkan' Beliau Dan Tajuddin Di Gantung Keahlian Parti

Baca juga


Ketua UMNO Alor Setar 'Sahkan' Beliau Dan Tajuddin Di Gantung Keahlian Parti

 

ALOR SETAR - Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail mengesahkan beliau digantung keahlian parti selama enam tahun.

Memaklumkan demikian kepada BH hari ini, usahawan itu berkata, beliau dihubungi beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menghadiri mesyuarat MKT di Kuala Lumpur, malam tadi mengenai keputusan itu.

Mohd Yusuf berkata, keputusan sama turut dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

"Saya dimaklumkan beberapa rakan MKT melalui panggilan telefon malam tadi. Setakat ini, belum ada makluman rasmi dibuat Ibu Pejabat UMNO," katanya percaya keputusan itu kesan tindakannya kerap mengkritik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun secara tertutup.

Mohd Yusuf berkata, beliau belum memikirkan sama ada akan membuat rayuan ke atas keputusan itu.

"Saya difahamkan, Presiden UMNO (Ahmad Zahid) juga tidak maklum apa kesalahan saya dan Tajuddin dalam mesyuarat malam tadi, cuma umum gantung sahaja kepada MKT.

"Saya percaya ini juga isyarat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), jika Dewan (Rakyat) tidak dibubarkan segera," katanya.

Mohd Yusof berkata, beliau agak kesal kerana hukuman ke atasnya dilihat lebih berat berbanding hukuman ke atas bekas Ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang lebih banyak memburukkan Perdana Menteri.

"Saya memang ada kritik Presiden, tetapi dibuat hanya dalam kumpulan WhatsApp Ketua Bahagian UMNO sahaja. Lokman kritik Perdana Menteri lebih banyak, tetapi hukuman ke atasnya tidak seberat saya.

"Selama ini memang saya dianggap bukan orang Presiden, maka sebab itu, saya kata ini isyarat kepada Perdana Menteri untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

"Saya belum fikir sama ada akan merayu atas keputusan ini, tunggu saya bincang dengan dulu dengan Perdana Menteri dan kemudian akan fikir tindakan lanjut," katanya yang kini berada di luar negara atas urusan keluarga.

Sementara itu, usaha mendapatkan reaksi Tajuddin setakat ini belum berjaya. #sumber



Demikianlah Artikel Ketua UMNO Alor Setar 'Sahkan' Beliau Dan Tajuddin Di Gantung Keahlian Parti

Sekianlah artikel Ketua UMNO Alor Setar 'Sahkan' Beliau Dan Tajuddin Di Gantung Keahlian Parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua UMNO Alor Setar 'Sahkan' Beliau Dan Tajuddin Di Gantung Keahlian Parti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/ketua-umno-alor-setar-sahkan-beliau-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ketua UMNO Alor Setar 'Sahkan' Beliau Dan Tajuddin Di Gantung Keahlian Parti"

Catat Ulasan

Loading...