Loading...

MB: Status DUN Pahang Akan Di Ketahui Selepas 'Belanjawan 2023' Di Luluskan !

Loading...
MB: Status DUN Pahang Akan Di Ketahui Selepas 'Belanjawan 2023' Di Luluskan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB: Status DUN Pahang Akan Di Ketahui Selepas 'Belanjawan 2023' Di Luluskan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB: Status DUN Pahang Akan Di Ketahui Selepas 'Belanjawan 2023' Di Luluskan !
link : MB: Status DUN Pahang Akan Di Ketahui Selepas 'Belanjawan 2023' Di Luluskan !

Baca juga


MB: Status DUN Pahang Akan Di Ketahui Selepas 'Belanjawan 2023' Di Luluskan !

 

KUANTAN -  Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata status Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan ‘diketahui dalam masa terdekat’ selepas Belanjawan Pahang 2023 diluluskan.

Beliau berkata keutamaan buat masa ini adalah untuk meluluskan belanjawan yang dibentangkan pada Jumaat lepas, supaya perancangan kerajaan negeri untuk manfaaat rakyat menerusi belanjawan itu dapat dilaksanakan.

Ditanya sama ada Belanjawan Pahang 2023 akan terpakai jika berlaku pilihan raya dalam masa terdekat, Wan Rosdy berkata: “Ya, terpakai… kita hendak meluluskan belanjawan (dahulu) kerana itu penting. Kalau tak (belanjawan) diluluskan, kena bentang semula”.

Wan Rosdy berkata demikian semasa ditanya mengenai status DUN Pahang pada Majlis Penyerahan Sumbangan Persiapan Banjir oleh Petronas kepada kerajaan negeri di Wisma Sri Pahang di sini semalam.

Belanjawan itu mula dibahaskan sejak Selasa, dengan Wan Rosdy dijangka menggulung perbahasan tersebut hari ini, sebelum diluluskan.

Pada Selasa, Wan Rosdy memaklumkan media bahawa beliau masih menanti tarikh untuk menghadap Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendapat perkenan baginda membubarkan DUN Pahang.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata DUN di bawah pentadbiran BN kecuali Melaka, Johor dan Sabah akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada PRU14, BN menang 25 daripada 42 DUN, manakala Pakatan Harapan (sembilan) dan PAS (lapan). #sumber



Demikianlah Artikel MB: Status DUN Pahang Akan Di Ketahui Selepas 'Belanjawan 2023' Di Luluskan !

Sekianlah artikel MB: Status DUN Pahang Akan Di Ketahui Selepas 'Belanjawan 2023' Di Luluskan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB: Status DUN Pahang Akan Di Ketahui Selepas 'Belanjawan 2023' Di Luluskan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/mb-status-dun-pahang-akan-di-ketahui.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MB: Status DUN Pahang Akan Di Ketahui Selepas 'Belanjawan 2023' Di Luluskan !"

Catat Ulasan

Loading...