Loading...

Muhyiddin Dakwa Nasib Peneroka FELDA Akan Lebih Baik Jika PN Menang PRU-15

Loading...
Muhyiddin Dakwa Nasib Peneroka FELDA Akan Lebih Baik Jika PN Menang PRU-15 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhyiddin Dakwa Nasib Peneroka FELDA Akan Lebih Baik Jika PN Menang PRU-15, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muhyiddin Dakwa Nasib Peneroka FELDA Akan Lebih Baik Jika PN Menang PRU-15
link : Muhyiddin Dakwa Nasib Peneroka FELDA Akan Lebih Baik Jika PN Menang PRU-15

Baca juga


Muhyiddin Dakwa Nasib Peneroka FELDA Akan Lebih Baik Jika PN Menang PRU-15

 

TEMERLOH - Perikatan Nasional (PN) menjanjikan nasib peneroka Felda di negara ini akan lebih baik jika parti tersebut memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia dapat dilihat ketika beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini telah melupuskan RM8.3 bilion hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada tahun lalu.

"Saya nak ingatkan balik dulu masa saya pimpin negara kita telah selesaikan hutang mereka sebanyak,RM8.3 bilion dihapus kira dan keluarkan sukuk iaitu bon Islamik RM9.9 bilion mengambil alih FGV dan sebagainya.

"Itu satu sumbangan besar PN kepada peneroka Felda dan untuk di Pahang, daripada 14 kerusi, 12 daripadanya banyak peneroka Felda.

"Jadi saya nak beri jaminan lagi, kalau kita menang, Insya-ALLAH kita akan buat lebih baik supaya nasib peneroka Felda terbela dan pendapatan boleh meningkat, jangan tanya macam mana nak buat sekarang, kita tahu caranya," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar sempena pelancaran PN Pahang di sebuah hotel di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengerusi Perhubungan PN Negeri Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu PN menghormati keputusan pembubaran Parlimen kerana ia ia telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berlandaskan Perlembagaan negara walaupun sebelum ini telah memberikan pandangan situasi semasa tidak sesuai berikutan kemungkinan berlakunya banjir.

"Apa yang penting kita telah bersiap siaga sejak dahulu lagi. Cuma kita harap proses pilihan raya kali ini tidak akan terganggu dengan keadaan banjir yang sudah pun bermula.

"Marilah kita berdoa ke hadrat ALLAH SWT supaya situasi (banjir) tidak buruk untuk rakyat melaksanakan tanggungjawab mengundi," ujar beliau.

Sementara itu, beliau juga berharap supaya tidak berlaku banjir buruk yang sekali gus boleh menjejaskan peratusan keluar mengundi.

"Itu kita harap tidak berlaku, jika berlaku juga banyak kerja kena buat termasuk jika perlu angkut kena angkut pengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.

Mengulas senarai calon PN, beliau berkata, ia masih dalam tempoh perundingan dan dijangka selesai dalam masa terdekat di peringkat Pusat dan PN Pahang.

"Manifesto PN akan diumumkan kelak, kita akan umum yang terbaik untuk rakyat," katanya.

"Yang penting sekarang, kita dah pun buat persiapan.. kita akan teruskan agar PN nanti mencapai kemenangan dalam PRU15," jelas beliau. #sumber



Demikianlah Artikel Muhyiddin Dakwa Nasib Peneroka FELDA Akan Lebih Baik Jika PN Menang PRU-15

Sekianlah artikel Muhyiddin Dakwa Nasib Peneroka FELDA Akan Lebih Baik Jika PN Menang PRU-15 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin Dakwa Nasib Peneroka FELDA Akan Lebih Baik Jika PN Menang PRU-15 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/muhyiddin-dakwa-nasib-peneroka-felda.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Muhyiddin Dakwa Nasib Peneroka FELDA Akan Lebih Baik Jika PN Menang PRU-15"

Catat Ulasan

Loading...