Loading...

PAS Pahang Sudah Serah Senarai Nama Calon PRU-15 Untuk Di Pertimbangkan !

Loading...
PAS Pahang Sudah Serah Senarai Nama Calon PRU-15 Untuk Di Pertimbangkan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Pahang Sudah Serah Senarai Nama Calon PRU-15 Untuk Di Pertimbangkan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Pahang Sudah Serah Senarai Nama Calon PRU-15 Untuk Di Pertimbangkan !
link : PAS Pahang Sudah Serah Senarai Nama Calon PRU-15 Untuk Di Pertimbangkan !

Baca juga


PAS Pahang Sudah Serah Senarai Nama Calon PRU-15 Untuk Di Pertimbangkan !

 

KUANTAN - PAS Pahang sudah menyerah senarai nama calon yang bakal berentap pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk dipertimbangkan PAS di peringkat pusat pada Selasa.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Andansura Rabu berkata, senarai calon yang dikemukakan itu akan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan parti dalam masa terdekat.

"Kita sudah hantar senarai nama (calon) ke pusat semalam (Selasa).

"Jadi, kita perlu tunggu dan pusat akan membuat keputusannya (muktamadkan)," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Andansura menjelaskan, PAS mengambil pendekatan seimbang dalam menampilkan calon baharu dan lama pada PRU-15.

Tambahnya, hampir 50 peratus muka baharu yang sudah tersenarai sebagai calon bagi mewakili parti Islam itu manakala selebihnya adalah penyandang atau calon yang membuat kemunculan semula.

Jelasnya, kombinasi dua generasi itu dilihat sebagai satu pembahagian seimbang dalam usaha mengekalkan sokongan dan menang dalam PRU15.

Menjawab mengenai jumlah kerusi PAS yang bertanding atas logo Perikatan Nasional, Andansura memaklumkan, pembahagian kerusi telah selesai dan kini menunggu untuk dimuktamadkan di peringkat PAS Pusat.

"Kalau berapa banyak kerusi PAS akan bertanding, itu kita tidak boleh maklumkan lagi buat masa ini. Apa pun perlu ia perlu dimuktamadkan oleh PAS pusat dalam minggu ini," kata beliau lagi.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada beliau akan bertanding di kerusi tradisinya pada PRU-15.

Pada PRU14 lalu, Andansura memperoleh 12,239 undi di kerusi N12 Beserah sekali gus menang dengan majoriti 1,305 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan, Zulkifli Mohamad (10,934 undi) dan calon BN, Suhaimi Sulong (8,732 undi).

Pahang ditadbir BN selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan BN menang 25 daripada 42 Dewan Undangan Negeri, manakala Pakatan Harapan (sembilan) dan PAS (lapan).

Bagi kerusi Parlimen pula, daripada 14 kerusi Parlimen, BN menang sembilan dan bakinya disandang PH. #sumber



Demikianlah Artikel PAS Pahang Sudah Serah Senarai Nama Calon PRU-15 Untuk Di Pertimbangkan !

Sekianlah artikel PAS Pahang Sudah Serah Senarai Nama Calon PRU-15 Untuk Di Pertimbangkan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Pahang Sudah Serah Senarai Nama Calon PRU-15 Untuk Di Pertimbangkan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/pas-pahang-sudah-serah-senarai-nama.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS Pahang Sudah Serah Senarai Nama Calon PRU-15 Untuk Di Pertimbangkan !"

Catat Ulasan

Loading...