Loading...

PRU-15: Perikatan Nasional Rahsiakan Dahulu 'Calon' Menteri Besar Pahang !

Loading...
PRU-15: Perikatan Nasional Rahsiakan Dahulu 'Calon' Menteri Besar Pahang ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU-15: Perikatan Nasional Rahsiakan Dahulu 'Calon' Menteri Besar Pahang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU-15: Perikatan Nasional Rahsiakan Dahulu 'Calon' Menteri Besar Pahang !
link : PRU-15: Perikatan Nasional Rahsiakan Dahulu 'Calon' Menteri Besar Pahang !

Baca juga


PRU-15: Perikatan Nasional Rahsiakan Dahulu 'Calon' Menteri Besar Pahang !

 

BENTONG - Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai calon Menteri Besar Pahang jika dapat menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini tetapi enggan menamakannya pada waktu ini.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, calon dicadangkan itu sudah mendapat persetujuan tiga parti gabungan dan akan diumumkan pada masa yang sesuai sama ada sebelum atau selepas PRU15.

“Kita sudah pun ada calon Menteri Besar dalam kalangan tokoh PN, kita akan umumkan pada masa yang bersesuaian.

“Kami bersepakat dalam melantik calon Menteri Besar dan pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga dalam keadaan yang mesra dan masing-masing bersepakat dan bertekad untuk  menawan negeri ini,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Deepavali  PN peringkat negeri  di sini hari ini.  

Menurut Saifuddin, PN Pahang sudah pun selesai pembahagian kerusi dan calon yang akan bertanding di 14 Parlimen dan 42 DUN dan bagaimanapun bergantung kepada persetujuan PN Pusat.

“Calon yang kita putuskan untuk bertanding di Pahang mempunyai kredibiliti serta berkemampuan mendekati pengundi seterusnya dapat memenangi kawasan berkenaan.

“Kita sudah bersiap siaga membuka semua pusat operasi untuk berkempen di setiap Parlimen dan DUN serta strategi bagi menggempur kubu Barisan Nasional (BN) selepas mengumumkan calon nanti,” katanya.

Ditanya khabar angin PN akan meletakkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di kerusi Parlimen Jerantut, jelas beliau, itu hanyalah desas-desus.

“Itu desas-desus. Sebagai ahli parti, kita mesti mematuhi pucuk pimpinan tertinggi yang menentukan kawasan yang akan ditandingi.

“Saya pun ingin bertanding di Parlimen Temerloh, tetapi pucuk pimpinan PN meminta saya bertanding di Indera Mahkota sebelum ini,” ujarnya. #sumber



Demikianlah Artikel PRU-15: Perikatan Nasional Rahsiakan Dahulu 'Calon' Menteri Besar Pahang !

Sekianlah artikel PRU-15: Perikatan Nasional Rahsiakan Dahulu 'Calon' Menteri Besar Pahang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU-15: Perikatan Nasional Rahsiakan Dahulu 'Calon' Menteri Besar Pahang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/pru-15-perikatan-nasional-rahsiakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRU-15: Perikatan Nasional Rahsiakan Dahulu 'Calon' Menteri Besar Pahang !"

Catat Ulasan

Loading...