Loading...

PRU-15: Rara Kecewa, Wong Tuck Umum Tanding 'Bebas' Lawan Beliau Di Bentong

Loading...
PRU-15: Rara Kecewa, Wong Tuck Umum Tanding 'Bebas' Lawan Beliau Di Bentong - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU-15: Rara Kecewa, Wong Tuck Umum Tanding 'Bebas' Lawan Beliau Di Bentong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU-15: Rara Kecewa, Wong Tuck Umum Tanding 'Bebas' Lawan Beliau Di Bentong
link : PRU-15: Rara Kecewa, Wong Tuck Umum Tanding 'Bebas' Lawan Beliau Di Bentong

Baca juga


PRU-15: Rara Kecewa, Wong Tuck Umum Tanding 'Bebas' Lawan Beliau Di Bentong

 

KUALA LUMPUR - Bakal calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, kecewa apabila penyandang Parlimen itu, Wong Tack, mahu menentangnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai calon Bebas.

Bagaimanapun, Young Syefura yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari itu berharap dapat bekerjasama dengan Wong Tack untuk mengekalkan kerusi itu pada PRU15.

"Memandangkan beliau wakil rakyat Bentong, saya ingin belajar daripadanya. Saya menghormati dia sebagai kawan dan rakan seperjuangan dalam DAP," katanya.

Yong Syefura berkata, beliau juga menghormati keputusan Wong Tack untuk mempertahankan kerusi itu sebagai calon Bebas dan sudah menjangka perkara itu akan berlaku.

Petang semalam, Wong Tack mengisytiharkan beliau akan bertanding di Bentong sebagai calon Bebas selepas namanya digugurkan sebagai calon PH di kawasan itu.

Beliau mendakwa DAP memaklumkan kepadanya beliau tidak sesuai bertanding di Parlimen Bentong dengan 'strategi besar' parti itu untuk PRU15.

Wong Tack memenangi kerusi itu pada PRU14 selepas menewaskan Presiden MCA ketika itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan lebih 2,000 undi.

Young Syefura berkata, cabaran terbesar dihadapinya kini bagi menangani kemungkinan berlaku pecah undi apabila Wong Tack memutuskan untuk mempertahankan kerusi itu.

Namun, beliau percaya rekod prestasi dan kerjanya sebagai ADUN Ketari akan meyakinkan pengundi untuk terus menyokongnya dan PH.

Katanya, beliau akan turun padang bagi memastikan pengundi mengetahui beliau kini calon PH mewakili DAP dan bukannya Wong Tack. #sumber



Demikianlah Artikel PRU-15: Rara Kecewa, Wong Tuck Umum Tanding 'Bebas' Lawan Beliau Di Bentong

Sekianlah artikel PRU-15: Rara Kecewa, Wong Tuck Umum Tanding 'Bebas' Lawan Beliau Di Bentong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU-15: Rara Kecewa, Wong Tuck Umum Tanding 'Bebas' Lawan Beliau Di Bentong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/pru-15-rara-kecewa-wong-tuck-umum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRU-15: Rara Kecewa, Wong Tuck Umum Tanding 'Bebas' Lawan Beliau Di Bentong"

Catat Ulasan

Loading...