Loading...

PU Azman Di Dakwa Atas 'Lima Pertuduhan' Melakukan Amang Seksual Dua Remaja Lelaki !

Loading...
PU Azman Di Dakwa Atas 'Lima Pertuduhan' Melakukan Amang Seksual Dua Remaja Lelaki ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PU Azman Di Dakwa Atas 'Lima Pertuduhan' Melakukan Amang Seksual Dua Remaja Lelaki !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PU Azman Di Dakwa Atas 'Lima Pertuduhan' Melakukan Amang Seksual Dua Remaja Lelaki !
link : PU Azman Di Dakwa Atas 'Lima Pertuduhan' Melakukan Amang Seksual Dua Remaja Lelaki !

Baca juga


PU Azman Di Dakwa Atas 'Lima Pertuduhan' Melakukan Amang Seksual Dua Remaja Lelaki !

SEREMBAN - Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau dikenali sebagai PU Azman, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.

Tertuduh yang berusia 41 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut tiga pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa berusia 17 tahun di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai 2022 antara jam 3 pagi hingga jam 5 pagi.

Tertuduh turut melakukan perbuatan sama terhadap mangsa berusia 16 tahun 10 bulan yang dilakukan pada 6 Julai 2022, antara jam 3 pagi hingga jam 5 pagi di ruang tamu rumah sama dan pada 5 Februari 2022, antara kira-kira jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly meminta mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Peguam tertuduh, Mohamad Zahid Ahmad memohon jaminan rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya, selain tertuduh memberikan kerjasama baik.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi semua pertuduhan dan tertuduh dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai, selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen ditetapkan pada 8 Disember ini. #sumber



Demikianlah Artikel PU Azman Di Dakwa Atas 'Lima Pertuduhan' Melakukan Amang Seksual Dua Remaja Lelaki !

Sekianlah artikel PU Azman Di Dakwa Atas 'Lima Pertuduhan' Melakukan Amang Seksual Dua Remaja Lelaki ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PU Azman Di Dakwa Atas 'Lima Pertuduhan' Melakukan Amang Seksual Dua Remaja Lelaki ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/pu-azman-di-dakwa-atas-lima-pertuduhan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PU Azman Di Dakwa Atas 'Lima Pertuduhan' Melakukan Amang Seksual Dua Remaja Lelaki !"

Catat Ulasan

Loading...