Loading...

'Sejarah Besar', Kerajaan Pahang Berjaya Capai Sasaran Kutipan Hasil RM1 Bilion !

Loading...
'Sejarah Besar', Kerajaan Pahang Berjaya Capai Sasaran Kutipan Hasil RM1 Bilion ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Sejarah Besar', Kerajaan Pahang Berjaya Capai Sasaran Kutipan Hasil RM1 Bilion !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Sejarah Besar', Kerajaan Pahang Berjaya Capai Sasaran Kutipan Hasil RM1 Bilion !
link : 'Sejarah Besar', Kerajaan Pahang Berjaya Capai Sasaran Kutipan Hasil RM1 Bilion !

Baca juga


'Sejarah Besar', Kerajaan Pahang Berjaya Capai Sasaran Kutipan Hasil RM1 Bilion !

KUANTAN - Sasaran kutipan hasil negeri melebihi RM1 billion pada akhir tahun ini telah berjaya dicapai lebih awal daripada jangkaan. Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Pahang Skills Ke-11 yang berlangsung di Dewan Utama Pahang Skills di sini semalam.

Menurut Wan Rosdy meski pun masih berada pada suku tahun kedua 2022, namun jumlah terkini kutipan telah mencecah RM1.02 bilion setakat ini. Ia merupakan satu sejarah besar kepada Kerajaan Negeri Pahang katanya. 

“Sejarah besar bagi Kerajaan Negeri Pahang kerana kita telah mendapat RM1.02 bilion yang kita tidak pernah dapat sebelum ini. Jadi, apabila kedudukan kewangan agak baik, insyaa Allah kita akan bagi juga kepada Pahang Skills untuk mereka menguruskan apa yang patut demi pendidikan anak-anak kita,” kata beliau.

Pada pembentangan Belanjawan Pahang 2022 tahun lalu, Kerajaan Pahang menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM1.036 bilion iaitu peningkatan RM236 juta atau 29.4 peratus berbanding anggaran tahun sebelumnya.

Ia dijangka diperoleh daripada hasil tanah RM643.71 juta, hasil perhutanan RM150.10 juta, hasil air RM19.41 juta, geran Kerajaan Pusat RM101.05 juta dan lain-lain hasil sebanyak RM122.09 juta.

Kejayaan mencapai hasil kutipan terbaharu ini bermakna Pahang kini berada dalam  ‘kelab 1 bilion’ bersama-sama dengan Johor dan Selangor.

"Kerajaan Pahang juga boleh menyalurkan bantuan lebih besar kepada rakyat yang akan diumumkannya pada pembentangan Belanjawan Pahang 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, 7 Oktober depan. Antaranya ialah membabitkan pembayaran bonus untuk penjawat awam yang jauh lebih baik berbanding tahun ini.

"Kita  mencapainya dengan cara yang tidak membebankan rakyat, sebaliknya mengurangkan ketirisan dan kebocoran. Kita juga mengambil sikap tidak mahu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan dan ia menjadi motivasi sehingga hasil RM1 bilion itu dicapai lebih cepat daripada sasaran. Tempoh 22 bulan (ketika pemerintahan Pakatan Harapan) mengajar saya untuk tidak bergantung kepada Kerajaan Pusat." tambah beliau lagi. #PahangDaily




Demikianlah Artikel 'Sejarah Besar', Kerajaan Pahang Berjaya Capai Sasaran Kutipan Hasil RM1 Bilion !

Sekianlah artikel 'Sejarah Besar', Kerajaan Pahang Berjaya Capai Sasaran Kutipan Hasil RM1 Bilion ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Sejarah Besar', Kerajaan Pahang Berjaya Capai Sasaran Kutipan Hasil RM1 Bilion ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/sejarah-besar-kerajaan-pahang-berjaya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "'Sejarah Besar', Kerajaan Pahang Berjaya Capai Sasaran Kutipan Hasil RM1 Bilion !"

Catat Ulasan

Loading...