Judul : UMNO "Tanding" Di Kuantan, MCA Dapat Indera Mahkota, Kekal Di Bentong, Raub !
link : UMNO "Tanding" Di Kuantan, MCA Dapat Indera Mahkota, Kekal Di Bentong, Raub !
UMNO "Tanding" Di Kuantan, MCA Dapat Indera Mahkota, Kekal Di Bentong, Raub !
KUANTAN - UMNO akan bertanding di kerusi Parlimen Kuantan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), manakala MCA diberikan kerusi Parlimen Raub, Bentong dan Indera Mahkota, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Ti Lian Ker.
Beliau berkata, rundingan awal menunjukkan MCA akan bertanding di kerusi Parlimen Kuantan.
“Tetapi, akhirnya diputuskan UMNO patut bertanding di Kuantan, manakala MCA diberikan tiga kerusi Parlimen lain di negeri itu.
“Pada mulanya, Barisan Nasional (BN) bercadang membenarkan MCA bertanding di kerusi Parlimen Bentong, tetapi selepas beberapa rundingan, dipersetujui kami mendapat tiga kerusi di Pahang,” katanya dalam kenyataan yang dipetik China Press.
MCA dan UMNO bertanding di Parlimen Kuantan pada PRU-13 (2013) dan PRU-14 (2018), tetapi kalah dalam dua PRU itu kepada calon PKR, Fuziah Salleh.
Pada 2008, MCA kehilangan kerusi itu, juga kepada Fuziah, selepas memenanginya dalam PRU-11 (2004).
Mengenai kedudukannya, Ti berkata, beliau menolak tawaran bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota.
“Tetapi, saya akan membantu Ketua MCA bahagian, Quek Tai Seong yang akan dicalonkan di sana.
“Walaupun saya tidak bertanding, saya tetap berdedikasi kepada parti. Saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu parti memenangi tiga kerusi itu.” #sumber
Demikianlah Artikel UMNO "Tanding" Di Kuantan, MCA Dapat Indera Mahkota, Kekal Di Bentong, Raub !
Anda sekarang membaca artikel UMNO "Tanding" Di Kuantan, MCA Dapat Indera Mahkota, Kekal Di Bentong, Raub ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/umno-tanding-di-kuantan-mca-dapat.html
0 Response to "UMNO "Tanding" Di Kuantan, MCA Dapat Indera Mahkota, Kekal Di Bentong, Raub !"
Catat Ulasan