Judul : Wakil Kerajaan Pahang Sudah Serahkan Laporan Tentang Tasik Chini Ke UNESCO
link : Wakil Kerajaan Pahang Sudah Serahkan Laporan Tentang Tasik Chini Ke UNESCO
Wakil Kerajaan Pahang Sudah Serahkan Laporan Tentang Tasik Chini Ke UNESCO
KUANTAN - Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin memaklumkan wakil kerajaan negeri sudah menyerahkan laporan berkaitan Tasik Chini kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
“Delegasi dari Pahang diketuai Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak dan Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, Dato' Dr Mohd Hizamri Mohd Yassin sudah ke Paris, Perancis untuk membentangkan laporan itu.
“Semua (laporan) siap seperti diminta UNESCO, mereka minta kita hantar sebelum 30 September dan kita hantar sebelum tarikh itu.
“Saya fikir tidak ada masalah untuk kita mengekalkan status ‘Man And The Biosphere’ diterima Tasik Chini pada Mei 2009 berdasarkan usaha yang sudah dan sedang dilakukan kerajaan Pahang,” kata Sharkar (gambar, bawah).
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Takiyuddin Hassan pada 10 Sept lalu memberitahu Mohd Sharkar dan Sallehuddin akan mewakili kerajaan Pahang membentangkan laporan terkini mengenai usaha penambahbaikan di Tasik Chini di pejabat badan PBB itu di Paris.
Tasik Chini mendapat status Tapak Rizab Biosfera UNESCO itu pada Mei 2009 dan ia berisiko ditarik balik.
Ini selepas penemuan yang dibentangkan di Majlis Penyelarasan Antarabangsa UNESCO ‘Man and Biosphere’ (MAB) pada Sept tahun lalu mendapati “kawasan hutan yang baru dibersihkan dengan penukaran tanah yang intensif" masih berlaku, selain mengesan pembukaan semula lombong lama di lokasi sekitarnya.
Selain itu, laporan berkenaan turut menyebut ketiadaan peta pengezonan yang dikemas kini dan pelan pengurusan untuk rizab biosfera.
Susulan itu, kerajaan Malaysia diminta mengemukakan pelan terperinci mengenai Rizab Biosfera Tasik Chini hujung bulan ini untuk penelitian UNESCO.
Pelan itu mesti menyediakan pengezonan terkini rizab biosfera dengan "mengekalkan tiga fungsi rizab biosfera", butiran pengurusan rizab biosfera, dan pengesahan pejabat atau pengurus yang menyelaraskan aktiviti rancangan pengurusan rizab biosfera. #sumber
Demikianlah Artikel Wakil Kerajaan Pahang Sudah Serahkan Laporan Tentang Tasik Chini Ke UNESCO
Anda sekarang membaca artikel Wakil Kerajaan Pahang Sudah Serahkan Laporan Tentang Tasik Chini Ke UNESCO dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/wakil-kerajaan-pahang-sudah-serahkan.html
0 Response to "Wakil Kerajaan Pahang Sudah Serahkan Laporan Tentang Tasik Chini Ke UNESCO"
Catat Ulasan