Loading...

Barisan Nasional (BN) Pahang Tetapkan Manifesto Enam Inisiatif Ikhtiar Makmur

Loading...
Barisan Nasional (BN) Pahang Tetapkan Manifesto Enam Inisiatif Ikhtiar Makmur - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Barisan Nasional (BN) Pahang Tetapkan Manifesto Enam Inisiatif Ikhtiar Makmur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Barisan Nasional (BN) Pahang Tetapkan Manifesto Enam Inisiatif Ikhtiar Makmur
link : Barisan Nasional (BN) Pahang Tetapkan Manifesto Enam Inisiatif Ikhtiar Makmur

Baca juga


Barisan Nasional (BN) Pahang Tetapkan Manifesto Enam Inisiatif Ikhtiar Makmur

 

KUANTAN – Barisan Nasional (BN) Pahang mengumumkan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan menetapkan sebanyak enam inisiatif.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam siaran langsung malam ini berkata, manifestasi itu dinamakan sebagai Ikhtiar Makmur.

Menurutnya, Ikhtiar Makmur dibuat berlandaskan prestasi kerajaan negeri diterajui BN sebelum ini dan pembentangan Bajet 2023 yang telah diluluskan sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri Pahang baru-baru ini.

“Ini bermaksud Ikhtiar Makmur ini bukanlah sekadar satu janji tapi dengan izin Allah, ia adalah hampir pasti,” kata Menteri Besar Pahang.

1- IKHTIAR KESEJAHTERAAN RAKYAT

Kerajaan BN Pahang akan terus berikhtiar meneruskan bilangan pemberian rumah secara percuma melalui Skim Rumah Rakyat (RRP).

Skim rumah percuma itu bermula sejak 2020 dan akan terus diberikan kepada mereka yang layak.

Memperluaskan Skim Tanah Warisan (STW) yang menawarkan pemilikan tanah yang lengkap dengan infrastruktur asas bagi membolehkan penerima membina rumah atas tanah tanpa risau mengenai infrastruktur.

Komited mengambialih projek baik pulih perumahan generasi baharu FELDA melalui penjenamaan semula kepada Skim Rumah Pahang.

BN Pahang juga akan meneruskan skim-skim bantuan perumahan sedia ada seperti Rumah Prima Pahang, Rumah Makmur Pahang dan Rumah Mesra Pahang.

2- IKHTIAR MEMPERKASA INSTITUSI AGAMA

Kerajan BN Pahang menjamin kemakmuran antara kaum dan agama selain berikhtiar memantapkan fungsi dan peranan institusi agama.

Salah satunya dengan memperkasakan institusi pengajian Islam dengan menjuarai agenda Pahang sebagai negeri paling banyak melahirkan tahfiz profesional di negara ini.

3- IKHTIAR ANAK MUDA MAKMUR

Kerajaan BN Pahang memperkasa keupayaan masa depan anak muda dalam semua bidang termasuk profesional, akademik, sukan dan perniagaan.

Pihaknya juga akan memperkasa ekosistem pendidikan tahfiz sejak kecil iaitu peringkat tadika sehingga pengajian tinggi.

Inisiatif Pahang Pride meliputi Skim Pahang Pride Kid, Pahang Pride Student, Pahang Pride Orang Asli dan Pahang Pride Atlet akan ditambah baik.

Pihaknya juga akan terus berusaha mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda.

4- IKHTIAR MEMPERKUKUH TADBIR URUS

Sejak empat tahun lalu, prestasi kerajaan Pahang dipimpin BN dengan kerjasama penjawat awam buat pertama kali memperoleh kutipan hasil melebihi RM1 bilion dan kadar hutang berkurang sebanyak 60 peratus selain peningkatan pelaburan yang memberangsangkan.

Jsuteru BN akan terus mengamalkan pentadbiran berintegriti tinggi, berinovasi dan berdaya maju selain mengawal aspek ketirisan.

5- IKHTIAR KEMAKMURAN EKONOMI

Kerajaan BN berikhtiar memastikan peningkatan hasil tanpa membebankan rakyat seperti sebelum ini.

Pihaknya telah mengenal pasti beberapa sumber baharu yang boleh meningkatkan hasil pendapatan negeri selain industri pelancongan terus dirancakkan.

Isu bekalan makanan juga akan cuba diatasi dengan meningkatkan pengeluaran makanan menerusi program-program pertanian dan penternakan pada tahun depan.

Pelaburan juga diutamakan melalui pemerkasaan kawasan perindustrian sedia ada.

6- IKHTIAR KELESTARIAN BEKALAN AIR

Kerajaan BN akan berusaha menyelesaikan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada masalah berkaitan dalam tempoh lima tahun dan perancangan teliti akan dilakukan.

Bagi tujuan itu, sebanyak RM2.3 bilion diperuntuk menerusi 217 projek yang dikenalpasti untuk dilaksanakan. #sumber



Demikianlah Artikel Barisan Nasional (BN) Pahang Tetapkan Manifesto Enam Inisiatif Ikhtiar Makmur

Sekianlah artikel Barisan Nasional (BN) Pahang Tetapkan Manifesto Enam Inisiatif Ikhtiar Makmur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Barisan Nasional (BN) Pahang Tetapkan Manifesto Enam Inisiatif Ikhtiar Makmur dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/11/barisan-nasional-bn-pahang-tetapkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Barisan Nasional (BN) Pahang Tetapkan Manifesto Enam Inisiatif Ikhtiar Makmur"

Catat Ulasan

Loading...