Loading...

Beberapa Pemimpin Tertinggi BN Pahang Buat Pertemuan Di Ampang Petang Tadi !

Loading...
Beberapa Pemimpin Tertinggi BN Pahang Buat Pertemuan Di Ampang Petang Tadi ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beberapa Pemimpin Tertinggi BN Pahang Buat Pertemuan Di Ampang Petang Tadi !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beberapa Pemimpin Tertinggi BN Pahang Buat Pertemuan Di Ampang Petang Tadi !
link : Beberapa Pemimpin Tertinggi BN Pahang Buat Pertemuan Di Ampang Petang Tadi !

Baca juga


Beberapa Pemimpin Tertinggi BN Pahang Buat Pertemuan Di Ampang Petang Tadi !

 

KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) Pahang termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu mengadakan pertemuan di sebuah hotel terkemuka di Jalan Ampang, petang ini.

Pertemuan dipercayai bagi membincangkan senario politik negeri itu berkaitan jalinan kerjasama BN dengan Pakatan Harapan (PH) ataupun Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan negeri Pahang.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang dikatakan akan diangkat sekali lagi sebagai Menteri Besar negeri itu dipercayai hadir lebih awal, kira-kira jam 3 petang.

Pemimpin lain yang hadir adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Hassan Ariffin dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Antara Ahli Parlimen BN hadir adalah Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis). Beliau sebelum ini adalah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Turut kelihatan, bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said yang juga bekas Menteri Dalam Negeri 1.

Hassan dan Ismail yang ditemui BH di pekarangan lobi hotel berkenaan berkata mereka tidak tahu tujuan pertemuan itu diadakan.

ADUN Dong daripada BN, Fadzli Mohamad Kamal ketika dihubungi BH pula berkata, beliau tidak ada maklumat berhubung pertemuan yang berlangsung di ibu kota, petang ini.

Buat pertama kali dalam sejarah, tiada parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) memperoleh majoriti mudah sehingga kerajaan negeri itu tergantung.

Percaturan (BN) untuk mendapat lebih besar dengan sekurang-kurangnya 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU15 kali ini tidak kesampaian.

Parti itu yang mentadbir kerajaan negeri sebelum ini hanya menang 16 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan manakala PN mendahului 17 kerusi dan PH hanya lapan kerusi. #sumber



Demikianlah Artikel Beberapa Pemimpin Tertinggi BN Pahang Buat Pertemuan Di Ampang Petang Tadi !

Sekianlah artikel Beberapa Pemimpin Tertinggi BN Pahang Buat Pertemuan Di Ampang Petang Tadi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Beberapa Pemimpin Tertinggi BN Pahang Buat Pertemuan Di Ampang Petang Tadi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/11/beberapa-pemimpin-tertinggi-bn-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Beberapa Pemimpin Tertinggi BN Pahang Buat Pertemuan Di Ampang Petang Tadi !"

Catat Ulasan

Loading...