Judul : DS Ismail Muttalib, Penyandang Parlimen Maran Tak Tahu Namanya Tak Dicalonkan
link : DS Ismail Muttalib, Penyandang Parlimen Maran Tak Tahu Namanya Tak Dicalonkan
DS Ismail Muttalib, Penyandang Parlimen Maran Tak Tahu Namanya Tak Dicalonkan
KUANTAN - Penyandang Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib tidak tahu sama ada namanya dicalonkan di Parlimen berkenaan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
"Saya tidak tahu (tidak dicalonkan) dan kini menunggu keputusan parti," katanya dihubungi, hari ini.
Ismail mengulas sebaran di media sosial berhubung 10 nama dikatakan tidak dicalonkan semula bertanding pada PRU-15.
Berdasarkan rekod, Ismail yang juga Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan sudah mempertahankan kerusi Parlimen Maran selama empat penggal sejak 2004.
Tersenarai dalam 10 nama berkenaan ialah Menteri Wilayah yang juga bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim.
Selain itu, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Datuk Seri Adham Baba (Tenggara), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif (Jempol) dan Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) iaitu nama yang tidak dicalonkan semula oleh UMNO.
Keputusan rasmi calon BN akan diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam ini manakala Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). #sumber
Demikianlah Artikel DS Ismail Muttalib, Penyandang Parlimen Maran Tak Tahu Namanya Tak Dicalonkan
Anda sekarang membaca artikel DS Ismail Muttalib, Penyandang Parlimen Maran Tak Tahu Namanya Tak Dicalonkan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/11/ds-ismail-muttalib-penyandang-parlimen.html
0 Response to "DS Ismail Muttalib, Penyandang Parlimen Maran Tak Tahu Namanya Tak Dicalonkan"
Catat Ulasan