Loading...

Ismail Dakwa Bertanding Tiket PN Bukan Sebab Merajuk, Mahu Sambung Khidmat

Loading...
Ismail Dakwa Bertanding Tiket PN Bukan Sebab Merajuk, Mahu Sambung Khidmat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ismail Dakwa Bertanding Tiket PN Bukan Sebab Merajuk, Mahu Sambung Khidmat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ismail Dakwa Bertanding Tiket PN Bukan Sebab Merajuk, Mahu Sambung Khidmat
link : Ismail Dakwa Bertanding Tiket PN Bukan Sebab Merajuk, Mahu Sambung Khidmat

Baca juga


Ismail Dakwa Bertanding Tiket PN Bukan Sebab Merajuk, Mahu Sambung Khidmat

 

MARAN - Penyandang Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib, masih belum menerima surat pemecatan daripada Barisan Nasional (BN) susulan keputusannya bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ismail berkata, setakat ini dia hanya memberi fokus untuk terus mengekalkan kerusi itu walaupun atas tiket PN.

Katanya, keputusan untuk bertanding disebabkan hasrat untuk menyambung khidmat kepada pengundi Maran yang masih memerlukan pelbagai bentuk pembangunan.

"Tiada istilah merajuk dan membuat keputusan bertanding mewakili PN bagi kerusi yang sepatutnya diberikan kepada PAS.

"Saya sudah empat penggal sebagai Ahli Parlimen dan akan terus memberikan khidmat kepada pengundi di Maran," katanya selepas menghadiri Program Memperkasakan Ekonomi Komuniti Keluarga Malaysia Peringkat Daerah Maran, di sini, malam ini.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan Ismail sebagai calon PN mewakili kerusi PAS dalam Majlis Pengisytiharan Calon PN Terengganu bagi PRU15 di Marang, Terengganu, semalam.

Ismail antara Timbalan Menteri dalam Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak dicalonkan mewakili BN pada PRU15 walaupun berjaya memenangi kerusi itu dalam pilihan raya lalu.

BN menampilkan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran sebagai calon PRU15.

Sementara itu, Fazil Azmi Nadzri daripada PAS yang sebelum ini diumumkan sebagai calon PN bagi kerusi Maran tidak mempunyai masalah untuk memberikan laluan kepada Ismail.

"Saya patuh dengan arahan yang dikeluarkan parti (PAS) dan kami diajar untuk patuh segala yang diarahkan parti.

"Ya memang saya orang yang dipilih pada waktu itu dan saya akur dengan keputusan ini dan akan menyokong calon yang ditetapkan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Ismail Dakwa Bertanding Tiket PN Bukan Sebab Merajuk, Mahu Sambung Khidmat

Sekianlah artikel Ismail Dakwa Bertanding Tiket PN Bukan Sebab Merajuk, Mahu Sambung Khidmat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ismail Dakwa Bertanding Tiket PN Bukan Sebab Merajuk, Mahu Sambung Khidmat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/11/ismail-dakwa-bertanding-tiket-pn-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ismail Dakwa Bertanding Tiket PN Bukan Sebab Merajuk, Mahu Sambung Khidmat"

Catat Ulasan

Loading...