Loading...

Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama PH Demi Kestabilan Politik

Loading...
Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama PH Demi Kestabilan Politik - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama PH Demi Kestabilan Politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama PH Demi Kestabilan Politik
link : Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama PH Demi Kestabilan Politik

Baca juga


Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama PH Demi Kestabilan Politik

 


PEKAN - Barisan Nasional (BN) Pahang mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH) kerana gabungan itu dilihat berupaya membawa kestabilan selain mencerminkan kemajmukan yang menjadi kekuatan negeri berkenaan.

Menyifatkan gabungan itu sebagai ‘kerajaan perpaduan BN dan PH’, Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail percaya pembentukan kerajaan negeri perlu selari dengan pembentukan kerajaan Persekutuan bagi memastikan pentadbiran dan perancangan dibuat untuk pembangunan negeri dapat diteruskan dengan lancar.

“Melalui kerjasama baharu ini, satu barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu yang melibatkan kedua-dua blok BN dan PH akan dibentuk dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media pertama sebagai Menteri Besar Pahang buat penggal kedua di Pejabat Daerah dan Tanah di sini semalam.

Pelantikan Wan Rosdy yang juga pengerusi BN Pahang, hari ini, menamatkan kemelut politik di Pahang, selepas keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) menyaksikan buat kali pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang tergantung kerana tiada parti memperoleh majoriti mudah 22 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

Pada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi DUN, kurang satu berbanding Perikatan Nasional (PN) manakala PH mendapat lapan kerusi. Namun, proses pengundian DUN Tioman ditangguhkan kepada 7 Dis ini, ekoran kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 Nov lepas, dipercayai akibat serangan jantung.

Wan Rosdy berkata perbincangan dengan PH berlangsung dalam suasana baik dengan pihak berkenaan tidak memberikan tekanan atau paksaan, walaupun ada membuat beberapa permintaan semasa ‘menghulurkan tangan untuk membentuk kerajaan negeri’.

Ditanya mengenai tarikh persidangan pertama DUN Pahang di bawah gabungan BN dan PH, Wan Rosdy berkata ia masih belum dimuktamadkan, namun berharap PN akan menjadi pembangkang yang sentiasa tegas, objektif dan mampu menjalankan fungsi semak dan imbang selayaknya.

Selain itu, Wan Rosdy menegaskan bahawa Pahang adalah kerajaan negeri yang mewakili dan berkhidmat untuk semua, dengan fokus utama adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi ke arah yang lebih baik dan positif.

Kerajaan negeri juga akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Belanjawan Pahang 2023 yang telah diluluskan pada 13 Okt lepas, iaitu sehari sebelum pembubaran DUN Pahang untuk memberi laluan pilihan raya negeri diadakan serentak PRU15.

“Saya akan memastikan segala sentimen politik dan perbezaan ideologi diketepikan, dan satu-satunya perkara yang menjadi keutamaan semua pihak pada ketika ini adalah kestabilan dan kemakmuran negeri,” katanya.

Pada sidang media itu, Wan Rosdy juga menjunjung kasih kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah atas perkenan melantik beliau untuk menerajui pentadbiran negeri.

Beliau juga berterima kasih kepada rakyat Pahang yang sabar mengikuti pembentukan kerajaan negeri dan menerima keputusan akhir secara berlapang dada serta matang, tanpa membiarkan emosi dan ketaasuban mencetuskan suasana tidak baik.

Kerajaan negeri, juga menurut Wan Rosdy sedar bahawa pelantikan itu adalah amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dilunaskan dengan idea, kudrat dan ikhtiar terbaik demi kesejahteraan rakyat, selain memastikan Pahang menjadi negeri yang stabil, makmur dan harmoni.

Mengambil kira situasi semasa, Wan Rosdy juga menyifatkan ia perkembangan yang baik kepada BN pada pertembungan di DUN Tioman, jika ada kesepakatan untuk PH memberi laluan kepada mereka, namun perkara itu masih belum dibincangkan secara rasmi.

DUN Tioman melibatkan pertembungan lima penjuru antara calon BN Mohd Johari Hussain, Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH), Nor Idayu Hashim (PN), Osman A Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas). #sumber



Demikianlah Artikel Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama PH Demi Kestabilan Politik

Sekianlah artikel Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama PH Demi Kestabilan Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama PH Demi Kestabilan Politik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/11/pembentukan-kerajaan-negeri-bersama-ph.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama PH Demi Kestabilan Politik"

Catat Ulasan

Loading...